Saturday, December 19, 2009

::Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik::

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

“Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata, “Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.”

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :

“Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .”

********

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda:Yang bermaksud:"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu.Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Regards,
Khairul Furzan@Forro
http://www.wangsege ra.com

posted by:NADZ


Sunday, November 29, 2009

di kala hatiku runsing~


Alhamdulillah, bertemu jua kita sekali lagi tho it's been quite a long while rite?

First and foremost, nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA yg mulia ni..hope it's not too late^^

Alhamdulillah kita bersua juga lagi dgn hari rayer qorban ni ek??n again we've been given another golden chance to live our remaining lives..n it's almost come 2 the end..so let's work hard to redeem ourselves from our sins n pray 4 forgiveness from The Almighty, Allah S.W.T

Wapel riiiiinduuuuuu sangat ngan antum antunna sume kiki...Tho we're kinda caught in our crazy hectic life and never ending study, it feels nice just 2 have some time like this and write sumthing..kekadang rase sian kat page ni..Tuan2 die tinggalkan die...sorry mr pagie^^


" Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan," Surah Al-Fatihah:5

Tu janji Allah...Hanya Dia sahaja yang kita wajib sembah dan tempat kita minta pertolongan..hanya Dia...kerana Dia cipta kita..Kerana Dia sayang kita^^

Sebenarnya, wapel tengah mengalami krisis besar ni...kekadang penat ngan masalah wapel yang satu ni...masalahnye adalah salu sgt hilang barangT.T..it's like my own personal brand of disease..x tau la ek kenape..cuai sgt kot..tapi bukan wapel x pernah berusaha...Astaghfirullah...

wapel telah menghilangkan barang yang sgt penting dalam hidup wapel-n the fact that it's not even mine makes it a lot worser...wapel pon da penat kene judge n kene tegor n-definitely people around wapel pon penat nak marah wapel sbb masalah wapel ni...ingat lagi time orientasi kat Korea ni..cm2 denda wapel kene sbb macam2 brg amanah wapel gagal simpan ngan baek...Ya Allah...Ampuni dosaku~~
Di saat sume orang x memahami wapel, wapel yakin ada Allah yang akan sentiasa tolong wapel...yang penting kite kena yakin ngan kuasa Allah yang sgtlah besar...Ya Allah
bantulah akuT.T.....elakkan aku dari terus menghidapi penyakit ini...

################################

Pada zaman dulu, ketika zaman pemerintahan Belanda di Acheh, orang-orang Acheh sangatlah terkenal dengan sifat jihad dan juang diorang terhadap penjajahan Belanda. Tak kira lelaki, mahupon perempuan. Semuanya semangat!

Time tu, semua muslimin (orang lelaki) ke hutan untuk berjuang. Yang tinggal di kampung-kampung hanyalah wanita dan kanak-kanak. (dan orang tua kot...)

Orang Belanda ni memang pantang nampak lelaki Acheh, mesti nak bunuh punyelah. Pada suatu hari, tentera-tentera Belanda membuat spot check kat satu kampung di Acheh. Spot check mencari lelaki-lelaki Acheh untuk dibunuh. Maka berjalan-jalanlah tentera Belanda dari satu rumah ke satu rumah, sehingga ke satu rumah di mana ada seorang
makcik yang dengan rileknya sedang menumbuk gandum (atau beras? semut putih kurang pasti...tapi lebih kurang sama je kan? heheh).

ketang.ketung.ketang.ketung.


Makcik
tu buat dunno je...ketang.ketung.ketang.ketung.


"Dalam rumah ini ada lelaki tak?", soal tentera Belanda.

"Tiada, SEMUA muslimin ada di dalam hutan. Mereka berjihad", jawab
makcik cool.

"Bagaimana kami mahu percaya engkau?"

"Tak percaya? Checklah rumah saya!", jawab
makcik cool dengan selamba, sambil menumbuk gandumnya.ketang.ketung.ketang.ketung...

Sah-sahlah tentera Belanda tak percaya makcik tu kan, lalu meraka masuk dan geledah rumah makcik cool. Tentera Belanda jumpa seorang lelaki! Lelaki tu tengah menyorok kat bawah katil pulak tu! Ohlallaaa...!!!

Apa lagi, naik beranglah tentera Belanda ni, terus seret lelaki tadi dan pergi jumpa
makcik cool.

Makcik cool masih menumbuk gandumnya.ketang.ketung.ketang.ketung...

"Kau kata tadi takde lelaki kat kampung ni. Habis tu, ni siapa??!!", tanye tentera Belanda dengan suara yang tinggi

"Kan aku sudah kata. SEMUA MUSLIMIN ada di dalam hutan! Mereka sedang berjihad!", jawab makcik cool dengan coolnya, sambil menumbuk gandumnya.
ketang.ketung.ketang.ketung...


SEMUA MUSLIMIN ada dalam hutan! Mereka sedang berjihad! Habes tu, sape laki yang tengah nyorok bawah katil tadi?


hehehe

mestilah bukan muslimin!

lelaki pon bukan!

tapi, pengecut!


hehe...menarik cite ni...


dipetik dari www.sambalterung.blogspot.com

generated by~wapel...the absent-minded

Thursday, November 26, 2009

Seribu Satu Rahsia Dalam Tujuh Hari


DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.


Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.

Antaranya:

· Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

· Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

· Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

· Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

· Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

· Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

· Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya..



Saturday, November 14, 2009

baju yg byk = dosa yg byk

baju~

bese kn dgr cte2 mak ayah
xpon ckgu, xpon ustaz2 ke

"org kaye slalunye lmbt masuk syurge"

kaye lam petikan tu
bukan laa maksud terus kaye cm org berade tu
slalu kalo tgk org pkai BMW, rumah besa gabak
baju mahal2

kite akan kate die KAYA

eheh.. tak tak
kite xtau pon..sume tu hutang je pon
smpai ble nk abes byr pon xtau

org miskin yg xde duet pon leh dikatekan kaye
bile

1.die byk barang- yg xpkai
2.die byk makanan - yg xmkn (xpon mkn sket2 pastu buang)

kaye la tu kn?
kaye byk je jenis die

kte nnt kt padang masyar..akan dihitung SATU ..SATU brg kte
ahah~ skrang bru nk cite psl baju

sume mmg suke shopping kn?
baju kte beli sume tu.. jap je pkai kn?
nnt mesti nk beli lg
kuar yg bru beli lg
yg lame2 tu bekepuk lam almari hoho

setiap helai @ pasang kasut @ biji subang @ ketul jam
tu sume kne hisab nnt sblom masuk syurge
hisab tu nnt die tnye lg.. kte wat pe ngn bju tu
payah arr nnt kne soal byk kn kn?

ade solution gak mende ni
kite..kalo pkai bju yg org sedekahkn kt kte...bju tu xkn dihisab
pastu..terbaliknye plak.. kalo kte sedekahkn bju kte kt org
bju tu pon xkn dihisab
sng kn?

conclusionnye..byk2 kn sedekah~
kalo da xnk gne ke bju tu...sedekah la kt org
pastu jgn byk membeli sgt kot
duet tu kne hisab gak nnt kn

so beli mende2
yg akan menangguhkn jln kte nk masuk syurge tu ehm
kne pk dlu ^^


tazkirah dr : ajumma


Wednesday, November 4, 2009

apekah kau lg patut disanjung?

mengapa manusia skrang lebih menyanjung manusie lain
yg tidak pula ada menyumbang apa2 kepada islam
yg tidak pula menaikkan nama islam
sebaliknya beragama betentangan

isu yg pelik ni.. mmg berase di sekeliling kite
tak perlu pandang jauh2
kawan2 di kanan kiri pon sedang jauh pergi ke arah yg di larang
makin lama..makin jauh
walaupon ssedikit mereka melangkah
walaupon setapak.. mereka pergi menjauhkan diri
amatlah susah untuk kembali

soalan 1
apakah artis2 itu patut disanjung tinggi?
semalam...


saya pergi melawat kawan di campus
lihat di dinding2 biliknya
penuh dgn poster dan gambar2 artis
tambahan dgn kata2 asing
"i love you to death"
"u're my life"
"i cant live without u"

apakah maksud ayat2 tu semua?
mengapa...manusia skrang
sgtlah menyanjung tgi artis2 yg
hanya melalaikan kite
malahan ada yg menentang islam
tapi kite tutup sebelah mata
butakan hati... masih menyokong mereka

apakah mereka yang memberikan kite nyawa?
seperti mana Allah - Tuhan Maha Agung
yang memberi nyawa dan nikmat
apakah mereka yang sentiasa mendoakan kite sepanjang die hidup?
seperti mana Rasullullah
yang tidak putus2 mendoakan kite
apakah mereka yang melindungi agama kite?
apabila di hina? dicaci?
seperti mana sahabat2
yang berjuang hingga shahid di jalan Allah

tidak...tidak
kite memuja mereka..
tetapi mereka sedikit pon tidak menghiraukan kite
kite menjerit2 memanggil nama mereka di bawah
mereka sedikit pon tidak mendengar

"jgn sekali-kali kamu terpedaya oleh kegiatan orang-orang kafir (yg bergerak) di seluruh negeri"
(3:196)

soalan 2
mengapa kite skrang sgtlah membenci
berdendam, marah yang teramat sgt
apabila artis pujaan mereka dicaci dan dikutuk?

mengapa kite skrang tidak pula marah, tidak pula sakit hati
tidak pula ada rasa ingin melindungi ISLAM
apabila musuh mencaci, mengutuk, menghina agama kite?
seperti yang sedang berlaki di palestin
rakan2 kite sedang menangis, memanggil2 nama Allah
mengaharapkan bantuan kite

kite di sini..menjerit2 memuja manusia
menangis kerana terharu dengan persembahan artis2

sgt lah lalai..sgt lah buta hati kami
nauzubillah

smpai bilakah umat islam akan tenggelam dalam permainan musuh?
smpai bilakah kite mahu memuja2 org yg melalaikan kte??


Saturday, October 31, 2009

Ayat Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat" membawa maksud seperti berikut :


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu mebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana enceritakan dia pernah minum di smakanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya
tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau
tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di
bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Posted by : Nadz

Tuesday, October 27, 2009

why pay for the disease when the CURE is FREE^^

Our greatest peace, and the undeniable cure...ISLAM..


Alhamdulillah....Even the P Diddy's best homie reverted to Islam...Subhanallah...
I just love how he describes Islam in just one word..CONSISTENCY..

Saturday, October 24, 2009

Bagaimana Wudhu' Zahir Dan Batin

Assalamu'alaikum wbt.Apa khabar semua?Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati-NYA.Insya-ALLAH..

Bagaimana dengan solat kita selama ni ye?Adakah kita sudah mendirikan solat atau sekadar mengerjakan solat?Erm..minggu ni saya nak kongsikan sikit macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat.Insya-ALLAH sama2lah kita praktikkannya ye sahabat2 sekalian.Semoga solat kita akan lebih sempurna dan mendapat tempat di sisi ALLAH SWT.Insya-ALLAH...


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Erm..macam mana sahabat2?Jom kita sama2 praktikkan cara berwudhu' dan solat Hatim ni.Insya-ALLAH..

Posted by: Nadz

P

Thursday, October 15, 2009

이상한 소리(bunyi yang pelik)....


Bismillah…it’s been a long while ~ Da lama rasa wapel x menulis so rase cam pelik sikit..Maaf ye dipinta rasa minggu-minggu lepas ni busy, lemah dan tiada idea…Ye la wapel bukanla reti sangat nak menulis ni, mengarut reti la..Tapi iA I’ll try to give my very best!

Ni single baru sami yusuf oppa!!You came to me tajuknye..
as always our sami yusuf did an awesome job..
Lagu die sangat sedap n tenang n sedap la,,
video klip pon sangat la cantik^^
Alhamdulillah kecantikan dan kesedapan/kemerduan
suara semua tu digunakan untuk dakwah..best kan??
Tajuk kali ni adalah bunyi yang pelik…
Ape bunyi yang pelik tu wapel??
Hmm kali ni wapel nak bincang pasal bunyi yang sangat cepat merebak dan
sangat la dahsyat kesannya terhadap individu tertentu
Jawapannya ialah mengumpat….
Dalam hal mengumpat, jumhur ulama telah sepakat mengatakan bahawa ia
adalah satu perbuatan keji dan dosa besar. Pengumpat, pemfitnah termasuk dalam
kategori pencela yang mana mereka itu semuanya dijanjikan dengan azab neraka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”

(Surah Al-Humazah:1)

Tengok tu..Allah dah janjikan kecelakaan bagi orang yang mengumpat, mencaci,mengkeji dan menghina.

Bagi wapel sendiri pon, mengumpat ni hanyalah untuk orang yang penakut, pengecut dan dayus..

Islam adalah agama yang berlandaskan keamanan.

So kita sangat2 digalakkan untuk berdamai..

Then kalau x puas hati, berbincang..

bersua,meluahkan pendapat..

Bukannya kita buat perang psyco dengan dia..

Tp kalau la orang tu memang jenis yang x makan saman,

da bincang da tegor banyak kali tapi x berubah..

hmmm betul gak ek..

wapel pon penah gak alami situasi camni..

Pendapat wapel kita bawak ke kaunselor ke senior ke tapi dalam keadaan yang tenang

dan senyap..sebab benda ni aibkan?iA kita cari jalan sama2..

Sebab kalau umat Islam membenci satu sama lain,

lemah la benteng ummah kita.da la dengan ketiadaan khalifah untuk mentadbir

kerajaan Islam,kalu kita lemah lagi senang kita nak dikalahkan..

Islam melarang kita tidak bertegur sapa dengan sahabat

kita lebih dari 3 hari..3 hari..masa yang sangat panjang tu,,,

iA kita pon x nak jadi golongan yang memamah daging saudara sendiri masa kat akhirat nanti..

Tapi memang x dinafikan benda ni bukan senang nak dielak..

Kalau da x puas hati~~

Tapi kita kena ingat akibat die gak..

sangat dahsyat kalu nk bayangkan..jijik la!!

Sabda Rasulullah:

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “

Apakah kamu sekelian tahu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab:

“Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Lalu Nabi bersabda:

“Kamu menceritakan sesuatu tentang diri saudara

kamu yang ia tidak sukai.”

Salah seorang sahabat bertanya:

“Bagaimana pendapat tuan hamba,

jika apa yang saya perkatakan itu memang ada pada diri saudara saya.

Baginda menjawab:

“Walaupun apa yang kamu perkatakan itu memang ada pada diri saudara kamu,ia tetap ghibah terhadapnya.

Dan sekiranya tidak ada maka engkau telah melakukan dusta terhadap dirinya.”

(Riwayat Muslim).

Kalau time rasa nak mengumpat tu, banyak2 la istighfar ye..Astaghfirullah…

Sebab ingat, syaitan akan bergembira kalau die Berjaya pengaruh manusia buat dosa..

bukan setakat gembira je kot, berparti terus!

Lagi sabda Rasulullah S.A.W

Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih

teruk dosanya daripada perbuatan zina.

Mereka(para sahabat) bertanya:

“Mengapa demikian wahai Rasulullah?”

Nabi bersabda: “Orang lelaki berzina lalu ia bertaubat,

maka Allah akan mengampuninya.

Adapun orang yang mengumpat, tidak akan diampuni,

kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu.

“Manakala balasan yang disediakan untuk orang mengumpat ialah sebagaimana

sabda Nabi maksudnya:

“Orang-orang yang mengumpat, orang-orang yang mencela dan orang yang melaga-lagakan orang serta orang yang membuat hina atau

cela terhadap orang yang bersih daripada sifat keji atau cela itu.Maka nanti di hari Kiamat mereka semua akan dikumpulkan atau

himpunkan dalam rupa anjing”.

Wa!!!!Takotnye!!

Tapi ada 6 jenis umpatan yang dibolehkan dalam Islam..

iA wapel akan bincang dalam post yang seterusnya ya^^

Dan kita sebagai manusia pon x ble berburuk sangka..

Hah masalah ni pun masalah berat dalam masyarakat..

Rasulullah selalu suruh kita berbaik sangka terhadap satu sama lain..

jangan pupuk sangka2 buruk, bunyi2 yang pelik dalam kepala..

Akibat die sangat la besar ye~~

Akibatnya sangat besar hingga orang yang berburuk sangka ni

dia x kan dapat bangkit solat malam(T.T)..dahsyatnye..

Buruk sangka ni bahaya sebab kita x tau ape perasaan orang lain, kenapa die buat ape yang die buat..yang penting ape niat die..

sebab tu bukan urusan kita dan kita pon x kan dapat tahu..

perkara ghaib semuanya di dalam pengetahuan Allah..bukan kerja kita..

Sebab tu la kita disuruh bersangka baik dalam masa kita tidak mengetahui..

Kalau nak tahu sangat tanya straight..ingat keyword ari ni..’Aman’!!

Sabda Rasulullah

“Jauhilah berprasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta.

Janganlah kamu meneliti rahsia orang lain, mencuri dengar, bersaing yang tidak baik,

saling mendengki, saling membenci, saling membelakangi.

Jadilah kamu ini sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

So iA sampai di sini sajalah post wapel kali ni..

Maaf ye kalau ada sapa2 yang terasa or rasa cara wapel tulis ni kasar ke..

Wapel pon manusia yang sangatx1000000000 lemah,

banyak kekurangan..

Tapi jom kita sama2 berusaha..

ke arah keamanan Islam!!

sory ye da x larat nak editT.T..