Saturday, June 27, 2009

korg nk try ke?? jgn cabar api-Nya~!

"Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!
"

"YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua
ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua
orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun
tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala
ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... "


: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman:
iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir
setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun
sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku
dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke
dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan
Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.....Wallahua'lam.

by ice cream

Thursday, June 25, 2009

WAHAI MANUSIA , SIAPAKAH KAMU??,

Assalamu'alaikum semua..
Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian?Macam mana percutian di Incheon?Seronok?Banyak perkara-perkara baru yang kita dapatkan?Erm..moga-moga lepas ni kita dapat mempraktikkan apa yang kita pelajari ye.Insya-ALLAH..

Ok,saya rasa post kali ni mungkin ada kaitan dengan apa yang kita dah belajar kat sana.Tapi ini tak bermakna para pelawat blog yang lain tak dapat mengikutinya ye.Insya-ALLAH dalam post ini kita akan mengetahui siapa kita.

Post ini jugak diambil daripada web http://ms.langitilahi.com/ hasil nukilan Saudara Hilal Asyraf.Terima kasih kepada Hilal yang sudi memberikan sedikit perkongsian yang amat bermakna ni.

WAHAI MANUSIA,
SIAPAKAH KAMU

Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna
Terjemahan: Mimbar Jumuah

Sebelum tu jom kita tengok Surah Al-Infitar ayat ke-6 hingga ayat ke-8...
Terjemahannya:
“ Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu. “
(Surah Al Infitar ayat 6 – 8)

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:-

Kamu adalah merupakan satu penciptaan Allah s.w.t, suatu tiupan suci dari sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menjadikan kamu dengan kekuasaanNya. Ditiup Nya ke dalam diri kamu dengan roh dari sisiNya. Dimuliakan kamu dari seluruh makhluk Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah s.w.t telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu pikul. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisiNya baik yang zahir maupun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, pengelihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (buruk dan baik) dan ditunjukkan kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan tersebut. Dengan izinNya dan penciptaanNya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung dari penciptaan Rabbani ini?.

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kamu akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula, kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya pula kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t, Al Ma’bud, Al Khaliq. Firman Allah s.w.t dalam Surah Az-Dzariyat ayat ke-56 dan ayat ke-57 yang bermaksud:

“ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan “
(Surah Az Dzariyat ayat 56 – 57)

Kematian yang dibimbangi dan ditakuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan daripada hidup di dunia ini kepada kehidupan yang satu lagi. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ankabuut ayat ke-64 yang bermaksud:

“ Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan jika mereka mengetahui. “
(Surah Al Ankabuut ayat 64)

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah dalam satu pakaian terhadap jiwa kamu, sehingga sampai kepada satu ketika dimana kamu menemui kematian. Semoga Allah s.w.t merahmati orang-orang yang Arif yang berkata:-

Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku)
Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,
Pakaian adalah masa,
Kini ku merindui peluang
Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya
Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,
Bahkah hanya dari sini (dunia) ke sana (akhirat)


2. Sebaliknya orang-orang Materialis dan suka membantah akan berkata:

Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal dari setitik mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama-kelamaan kamu akan luput dan fana. Tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikianlah kata orang yang terdahulu dari mereka. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Jathiyah ayat ke-24 yang bermaksud:

“ Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja . “
(Surah Al Jathiyah ayat 24)

Orang-orang yang terkemudian dari mereka pula berkata. “Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, juga fikiran dan kudrat, bahkan keazaman dan kemahuan hanyalah kesan dari adunan unsur-unsur bumi dan natijah dari percampuran tanah dan air. Kehidupan itu hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya.”

“Sesungguhnya dunia ini adalah makan dan minum dan tidur. Bila ini semua luput maka selamat tinggallah dunia.”

Wahai saudara, itulah permasalahan hidup yang sebenarnya jika kamu perhatikan dengan betul-betul. Jika kamu renungkan dengan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup kamu dan jalan mana yang kamu harus tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kamu:-

Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matlamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa aneh jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau Jalan Hidayah. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-'Araaf ayat ke-165 dan ayat ke-166 yang bermaksud:

“ Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina “
(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)

Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.

Wallah hu a’lam.


Insya-ALLAH semoga apa yang telah disampaikan oleh Imam Hassan Al-Banna ini dapat menyedarkan kita apa kelebihan dan kenapa kita diciptakan.Semoga kita semua menyedari siapakah diri kita sebenarnya dan apakah peranan kita.Insya-ALLAH..

P/s: Maaf,terjemahan ini dalam bahasa Indonesia.Mungkin ada sedikit kesulitan untuk memahaminya.Tapi rasanya takde la sampai tak faham apa yang nak disampaikan.Moga-moga kita semua mendapat manfaat daripada tulisan ini.Insya-ALLAH..

posted by:Nadz

Sunday, June 21, 2009

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?

Assalamu'alaikum.Macam mana kawan-kawan ku sekalian?Tentu seronokkan pergi homestay?Harapnya kita dah tunjukkan Islam kita pada orang-orang Korea dan kita dapat ambil Islam yang diamalkan oleh mereka untuk diamalkan dalam hidup kita semua.Ustaz Ridha selalu pesan kat kita macam tu kan?Insya-ALLAH,sama-samalah kita mendapatkannya.


Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca blog sekalian tentang "Mengapa Manusia Dicptakan Dan Apakah Tanggungjawabnya?"Artikel ini ditulis oleh Saudara Hilal Asyraf dan diambil daripada web http://ms.langitilahi.com/

Bersama-samalah kita renung-renungkan ye...

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA?

Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari manakah kita datang ?

2. Mengapakah kita didatangkan ?

3. Kemanakah kesudahan kita ?

Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

Persoalan Pertama: Dari manakah kita datang ?

Jawapannya akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

“ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui

(Surah Al Hajj ayat 5)

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita mengetahui dari manakah datangnya kita dan persoalan tersebut telah terjawab.

Persoalan Kedua : Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?.

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “

(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Para ulamak muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah s.w.t berdasarkan kepada firmanNya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah s.w.t serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah s.w.t serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah s.w.t. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi Allah s.w.t ini merupakan ‘ masjid ‘, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.

Sehubungan dengan Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa ‘ Setiap perkara yang telah Allah s.w.t perintahkan hamba-hambaNya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t, samada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku.

Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya ‘ al Ibadah Fi al Islam ‘ bahawa ‘ Sesungguhnya beribadah kepada Allah s.w.t tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq Allah s.w.t terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah s.w.t. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yang sebenar ‘

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa “ Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t jika seseorang itu berfahaman aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba’, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah s.w.t yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah s.w.t bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain , dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah s.w.t.

Oleh sebab itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah s.w.t. cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah s.w.t semata-mata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah s.w.t.

Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

1. Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran

2. Berjihad ke jalan Allah s.w.t.

Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makruf serta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah s.w.t dan Persaudaraan kerana Allah s.w.t agar hukum-hukum Allah s.w.t terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.

Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ?

Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-

Terjemahannya:

“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “

(Surah An Najm ayat 42 – 44 )


posted by:Nadz

Saturday, June 20, 2009

Tafsir Al-Falaq Part I








Erti Surah ni:

Katakanlah : “Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai subuh” [Al-Falaq : 1]

“Dari kejahatan makhluk-Nya” [Al-Falaq : 2]

“Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita” [Al-Falaq : 3]

“Dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul” [Al-Falaq : 4]

“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki” [Al-Falaq : 5]


Bismillah..This is my presentation for last nigt usrah. Wapel ingin membincangkan kebaikan surah al-Falaq disamping mengungkap misteri di sebalik surah ini. As we all know, setiap surah yang diturunkan Allah S.W.T mempunyai kisah dan pengajaran yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Well, of course because Al-Qur'an is the mother of all manuals.


First, surah ini merangkai pelbagai gangguan yang dihadapi oleh para manusia. Tema bagi surah ini adalah Kejahatan. Terdapat tiga golongan besar yang mengganggu manusia ni.





Kalau tengok jadual yang kat atas ni, golongan ni yang terbesar la yang suka bawa manusia dan hasut manusia ke arah kejahatan. Mesti pelik kan? Manusia? iA Wapel akan terangkan dengan lebih jelas selepas berehat seketika..Nikmatilah wapel ni...






Ok.Alhamdulillah Allah bagi kita nikmat rehat.Sambung jom.


Kenapa manusia pun menjadi pendorong kejahatan kepada manusia sendiri. Hasutan jahat manusia ni terdiri kepada dua :-


i) Main Kasar

ii) Main secara halus


i) Main Kasar

Biasanya manusia akan guna cara kasar iaitu sama ada guna anggota tubuh yang sasa, mahupun guna psikologi yang sememangnya psiko ie- dengki, ejek , hina dan mengumpat(gr..gr..)


ii)Main Halus

Main secara halus ini adalah dengan menggunakan something yang x dpt dilihat melalui mata kasar iaitu sihir. Dan sihir ni la benda yang bahaya.Kita manusia tidak akan terhindar dengan benda-benda macam ni. Sebab even Rasulullah S.A.W pun pernah terkena sihir, apatah lagi kita yang sangat2 lemah imannya ni.


Hah..Ice cream tu dah takut la tu..Hehe..Xde..Ingat kita ada pelindung yang Maha Kuat. Meh la wapel cerita sikit mengenai kisah Rasulullah tu. iA kalau ada tersilap harap ada akhowat or ikhwan yang boleh tolong betulkan.


Kisahnya begini. Rasulullah S.A.W dahulu pernah terkena sihir yang menyebabkan Rasulullah berasa khayal dan pening2. Lalu datang Jibril memberitahu bahawa ada seorang perempuan sihir telah menyihir Rasulullah S.A.W.Perempuan itu mengambil 11 helai rambut baginda, digumpal-gumpal dan diletak dalam sebuah perigi.Dan cara untuk menghilangkan sihir tersebut adalah dengan membaca surah An-Nas dan Al-Falaq dan hembus ke gumpalan rambut tersebut. Lalu Rasulullah mengarahkan kepada Saidina Ali R.A untuk pergi melihat ke dalam pergi tersebut dan buat seperti apa yang telah diarahkan oleh Jibril. Dan Alhamdulillah sepanjang Saidina Ali membaca surah An-Nas dan Surah Al-Falaq sampai habis, satu2 gumpalan Rasulullah S.A.W terhurai.


Sebenarnya kalau kita perhatikan, bilangan ayat kedua2 surah tu adalah 11 ayat.Subhanallah.So pengajaran di sini, sihir ni boleh disampaikan melalui medium hembusan(Al-Falaq:4) dan penawarnya pun hembusan. And kita boleh saksikan yang kita boleh mendapatkan perlindungan utama hanya berasaskan ayat2 Allah s.w.t ni. Selain dari dua surah yang disebutkan, ada surah2 lain seperti Al-Ikhlas, Ayatul Qursi , Al-Baqarah dan iA banyak lagi.


Sahabat2 ku,boleh ke bertahan nak baca ni. Coz it's a long way to the top ni..

ok2 kita rehat makan ice cream jap...



Biarpun dengan gamba pon, tapi boleh rehat kejap kan?

Sambung pasal 3 jenis hasutan manusia tadi.


-Manusia ni boleh dikaitkan dengan mempunyai nafsu yang Subhanallah, kuat ya tuan2 puan2.Kalau x de nafsu , x de la hasad dengki, n x de la kacau bilau...

So nak bincang beza hasutan nafsu, syaitan dengan jin pulak.


i) Nafsu(Manusia)

-Nafsu ini boleh dilihat sebagai godaan yang x kan berhenti sampai betul2 capai.

-Dan dia adalah kehendak yang x ble ditukar ganti

-So seseorang tu mesti nak jugak dpt sesuatu yang berkenan di hati sampai dapat.But once die dpt akan timbul nafsu kepada benda lain pulak. Coz for human, enough is never enuff.


ii) Syaitan

-Syaitan ini fleksible godaan die.Boleh bertukar kepada benda-benda lain as long kita x buat baik.

-Golongan penghasut ni always nak manusia rugi, by hook or by crook.Biar sekecil mana kejahatan pun, die da sangat happy.

-Syaitan adalah makhluk Tuhan yang bijak n die sangat komited dalam melaksanakan tugas die.Die tunaikan janji die kepada Allah-nak sesatkan umat Adam ni.


iii) Jin

-Makhluk yang berasal dari huruf ن،ج

-Mostly makhluk yang berasal dari dua huruf ni benda yang tersembunyi dan x nampak

-Contohnya جانين,جنة

-Jin ni boleh menyerupai n menjelma benda lain.Jin boleh tengok ice cream, tapi ice cream x ble tengok jin..Haha..Tapi nanti time Qiamat terbalik,iA kita pulak ble nampak Jin..

-Makhluk yang berasal dari api, makanan dia asap dan tulang.


iA...n Alhamdulillah part satu dah habes. iA wapel sambung dengan part II plak. Sekarang nak bersiap gi homestay..Doakan Wapel selamat n dapat bawa imej Islam itu Indah pada rakan2 Korea ni...

Cahaya Ilahi mp3

Gugi del..Homestay jal haseyo!!


Posted by -wapel ^^

Friday, June 19, 2009

jom usha pe yg menanti~

Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya,

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

astaghfirullah al-azim~ sungguh kejam balasan yg dijanjikan Allah
kalau bace ni still xrase takut... xtau la nk kate pe lg
ni bru sket yg diceritakan... tu pon akal kte xmampu nk pikir betape pedihnye..seksanya hukuman2 kt nerake~
marilah same2 kte renungkan~

posted by ice cream~