Saturday, September 26, 2009

Jom Kita Sama2 Puasa 6~~~~

UMAT Islam sekarang sedang menyambut Syawal selepas berjaya merentasi segala cabaran pada Ramadan al-Mubarak. Mudah-mudahan didikan Ramadan tahun ini dapat membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam mulia yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam cemerlang.

Syawal adalah bulan yang kesepuluh mengikut takwim Islam dan ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan tersendiri termasuk menziarahi saudara-mara dan kaum keluarga.

Sempena bulan mulia ini kita turut digalak berpuasa enam yang fadilatnya di ibaratkan berpuasa selama setahun. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa enam hari dalam Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana enam hari dalam bulan itu.

Nabi Muhammad bersabda, "Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh." (Hadith Riwayat Muslim)

Seperti diketahui semua amalan sunat adalah penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardu. Perlu kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa Ramadan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan kerana kedatangan haid, Syawal ini memberi peluang terbaik untuk membayar puasa qada lebih afdal tidak digabung dengan puasa sunat enam hari Syawal walau pun ada pendapat menyatakan boleh.

Kebiasaan membayar puasa Ramadan pada hari-hari terakhir Ramadan akan datang adalah amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah.

Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qada puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan yang kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat dalam hati kita?

Natijah daripada amalan puasa ialah takwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepada-Nya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus, tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingat) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah.

Mana dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati mencintai nabi dan ulama, InsyaAllah kita bersama mereka di akhirat. Bagaimana pula kalau kecintaan beralih kepada artis dan penyanyi?

Oleh Mohd Zaki Mukhtar

Manfaat Berpuasa 6 hari :)

1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan solat sunat rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berbagai riwayat. Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka hal itu memerlukan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

3. Membiasakan puasa setelah Ramadan menandakan diterimanya puasa Ramadan, kerana apabila Allah Ta’ala menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan: “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh kerana itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama.

Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.

4. Puasa Ramadan - sebagaimana disebutkan di atas - dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lain. Orang yang berpuasa Ramadan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya ‘ldul Fitri yang merupakan hari pemberian hadiah, maka membiasakan puasa setelah ‘Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

Oleh kerana itu termasuk sebahagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampunan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadan. Tetapi jika ia malah menggantinya dengan perbuatan maksiat maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang memdirikan sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali “(An-Nahl: 92)

5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.

ihsan dari : marjan ibtisam

Fastabiqul Khairat!!
diambil dari remaja_masjid@yahoogroup.com

posted by : Nadz

Saturday, September 19, 2009

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Assalamu'alaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog nasik kepal yang dikasihi..heheh..skemanya ayat..huhu..takpe la kan..kita mulakan hari kita dengan suasana yang ceria dan bersemangat.

Hari ni merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi bulan Ramadhan 1430H.Sedih kan?Moga2 kita semua dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan pada tahun akan datang.Saya percaya mesti sekarang ni semua org sedang berbelah bahagi..Sedih sebab Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita, tak pasti sama ada tahun hadapan adakah kita boleh berjumpa dengan Ramadhan kembali dan gembira sebab dah nak raya..Moga2 amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan dapat dikekalkan untuk 11 bulan yang akan datang.Insya-ALLAH..

Ok,sekarang jom kita masuk pada post kali ni."Matlamat tidak menghalalkan cara".Apa yang korang faham pasal sebaris ayat ni?Hmm..kepada rakan2 korean student batch 9,masih ingat lagi tak 10과 (bab 10)? Yang kita belajar pasal 임꺽정 (Robin Hood) tu? Ha,kepada rakan2 pelawat blog yang lain..Korang mesti pernah tengok cite Robin Hood kan? Apa yang korang dapat bila tengok cite Robin Hood tu?

'Robin Hood tolong orang susah'

Yup, exactly correct!!! Tapi apa yang Robin Hood buat untuk tolong org2 miskin dan org2 susah tu? Dia mencuri kan? Ok,saya nak tanya..Tolong org tu 1 amalan yang baik kan? Sampaikan ada pepatah Arab yang mengatakan "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah". Kalau pepatah Melayu pulak ada cakap, "Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima". Jadi, memang menolong org tu 1 amalan yang baik.

Tapi sebelum tu saya ada 1 lagi soalan.Macam mana Robin Hood tlg org2 susah tu? Yup,dia merompak,mencuri..Kemudian hasil rompakan dia tu,dia tlg org2 susah tu. Nampak tak kat sini yang dia dah buat 1 kesilapan yang amat besar? Matlamat dia dah betul..Apa matlamat dia? Dia nak tlg org2 susah. Tapi cara yang dia gunakan tu salah. Semua org tentu setuju dengan saya kan? Mencuri tu salah..Ha,inilah yang kita katakan sebagai matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi adakah usaha yang dia lakukan tu diredhai oleh ALLAH? Tentu sekali tidak bukan?

Ok,sekarang ni jom kita tengok pada contoh yang banyak berlaku di sekeliling kita pulak.Apa la dok cite pasal Robin Hood lak..Cite lama tu..Contoh yang paling mudah.Couple. Kenapa ye kita bercinta? Ya,kenapa kita jatuh cinta? Saya tak nafikan perasaan cinta tu ada pada semua org. Dan saya tak kata kita tak boleh bercinta. Tapi yang saya nak tekankan kat sini ialah tujuan kita bercinta.Kenapa bercinta?

'Best..takde nikmat la hidup ni kalau tak bercinta'.
'Aku tengok org2 couple ni bahagia je..sebab tu la aku pun couple'
'Kalau tak couple macam mana nak tau si dia sesuai ke tak dengan kita?'
'Nanti nak kawin camne kalau tak couple dulu?'

Hmm...memang rasa cinta tu adalah satu rasa yang indah..Nikmatnya rasa bila cinta berbalas.Memang org yg bercinta tu bahagia. Tapi semua ni akan dirasai bila kita bercinta kerana ALLAH. Tapi tak bermakna kat sini bercinta tu perlu dating,selalu keluar sama2,telefon selalu,mesej,chat... Sampai bil telefon melambung tinggi tiap2 hujung bulan..huhu..Ha,kat sinilah salahnya.

'Aku bercinta dengan dia sebab nanti aku nak kawin dengan dia.Apa pulak salahnya?'

Ye,betul..kita bercinta dan kita kawin dengan kekasih kita tu.Jadi takde salahnya.Tapi adakah masa kita bercinta tu,kita bercinta dengan si dia sebab kecantikan dia,ketampanan dia,kekayaaan dia,kepandaian dia.....Kalau kita bercinta disebabkan oleh semua perkara tu..Nampaknya cinta kita tu dah salah..Sebab cinta yang betul ialah bila kita bercinta kerana ALLAH..Tak salah pilih kecantikan,ketampanan,kekayaan dan sebagainya..Sedangkan nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,

“Dari Abu Hurairah, katanya : Perempuan itu dikawin karena empat perkara: Karena Hartanya, karena keturunannya, karena cantiknya dan karena agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih perempuan yang beragama, supaya selamatlah kedua tanganmu”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Jadi,memang tiada salahnya memilih pasangan yang cantik,tampan,baik agamanya dan sebagainya.Tapi kalau kita bercinta semata2 sebab si dia cantik,tampan..kecantikan dan ketampanan tu takkan sampai ke mana..bila dah tua,kulit dah mula berkedut..hilanglah kecantikan dan ketampanan tu. Masa tu kita nak tinggalkan ke pasangan kita tu?Dah dulu pilih sebab dia cantik,tampan..sekarang dah tak cantik,dah tak tampan..tinggalkan je la..

Tapi jika kita memilih pasangan kita yang cantik,tampan,baik,soleh dan solehah sebab nanti kita nak dia bimbing kita ke arah mendapatkan keredhaan ALLAH..alangkah berbezanya situasi tu..Dah tua2 pun..muka dah berkedut pun..rasa cinta tu masih segar bugar sebab kita cintakan dia kerana ALLAH.

Berbalik pada tadi,matlamat kita dah betul..bercinta sebab nanti nak kawin dengan dia.Tapi cara yang kita gunakan untuk menuju ke arah alam perkahwinan tu salah. Jadi,adakah perkara sebegini akan diredhai oleh ALLAH? Sebab tu la kita tengok sekarang ni,terdapat banyak kes perceraian,keruntuhan rumah tangga dan sebagainya.Sebab apa? Kesilapannya bermula sebelum perkahwinan tu lagi.Semasa bercinta lagi.Jika semua org bercinta dan memilih pasangannya kerana ALLAH,menggunakan cara yang disyaratkan oleh syara',saya percaya masalah ni semua tak akan berlaku.

Oleh itu,matlamat kita kenalah seiring dengan caranya.Jangan matlamat dah elok,bagus..tapi cara nak mencapai matlamat tu salah,terpesong,tak menepati syara'..takde gunanya punyai matlamat yang memang luar biasa bagus tetapi caranya luar biasa lemah.Ingat,"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara".

Jadi,sama2lah kita bermuhasabah diri,memperingati diri kita untuk mencapai matlamat menepati cara dan kaedahnya. Hidup akan jadi lebih indah apabila Islam itu diamalkan dalam segenap bucu kehidupan kita.Insya-ALLAH..

posted by : Nadz









Thursday, September 17, 2009

Doa ku untuk Mu..





Bismillah..iA kali ni wapel nak pos pendek dan simple je..Wapel nak bincang tentang Himpunan doa-doa Rasulullah yang amat famous, iaitu Al Mathurat..

Al Mathurat:

Al-Ma'thurat 
is a compilation of important Quranic verses and the authentic hadith. It is 
presented in the form of a wird (litany) to be recited every morning and 
evening. Al-Ma'thurat was compiled by Imam Shahid Hasan al-Banna, the founder of 
the Muslim Brotherhood, who strove to establish the perpetual remembrance of 
Allah in all spheres of life. For truly, such is the way for the hearts to 
attain spiritual equilibrium and tranquility.

Hehe wapel copy je ni tapi basically Al-Mathurat ni adlh satu kompilasi Ayat-ayat suci Al-Quran serta hadith2 sahih..Di kompilkan oleh As-syahid Hasan al Banna..

Frankly speaking, wapel baru mengenali Al-Mathurat ni baru je sangat..bila time masok mrsm Jasin tu..baru tau ada wujudnya al mathurat ni..Subhanallah..betapa jahilnya wapel dulu..dan betapa ruginya hari-hari wapel dulu yang x dimulakan dgn Al-Mathurat niT.T

~doa taubat..

Wahai tuhan,


Aku tak layak masuk syurgamu,


Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,


Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,


Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar,

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai,


Dengan rahmatmu ampunkan daku

Oh tuhanku,


Wahai tuhan,


Selamatkan kami ini,


Dari segala kejahatan dan kecelakaan,

Kami takut kami harap kepadamu,


Suburkanlah cinta kami kepadamu,


Kamilah hamba yang berharap belas darimu.

Sebenarnya fadhilat al-Mathurat ni tersangatlah banyak..

Kelebihan membaca Al Mathurat:


1. Tidak dihampiri syaitan


2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.


3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat

.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.


5. Selamat dari segala sesuatu.


6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.


7. Allah berhak untuk meredhainya


8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.


9. Terhindar daripada syirik.


10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.


11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.


12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.


13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.


14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. baginda dah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.^^

“ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari qiamat dan dia banyak menyebut nama Allah” (Al-Ahzab:21)

Kita banyak digalakkan berzikir ni..N Allah S.W.T pon da banyak janjikan ganjaran yg besar bg orang yg selalu ingat Dia..

“…lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar” (Al-Ahzab:35)

kalau kita hayati betul2 maksud doa2 al-Mathurat ni lagi la bagus kan??sebab die menguatkan aqidah kita serta menambah keimanan yang selalu la turun naik ni..

"Ya Allah, kami berlindung pada Allah dari menyukutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang tidak kami ketahui..”

Ni salah satu doa yang terdapat dalam al-Mathurat…Doa ni memang bagusla untuk kita sbb kadang2 kita pon menjadi hamba ntuk something else tanpa sedar contohnya hawa nafsu, kerja n macam2 lagi..Nauzubillah..

Dari Abdullah bin Busr r.a bahawa ada seorang lelaki berkata:

“ Wahai Rasulullah, telah banyak syariat Islam yang harus saya jalani. Untuk itu, sampaikanlah apa yang harus selalu saya kerjakan?” Bersabda Rasulullah: “Hendaknya lidahmu sentiasa dibasahi oleh zikir (mengingat) kepada Allah.”

Hadis riwayat Tirmidzi, Sahih Jami’ush-Saghrir:7577

So kalu bc ni, x mkn masa yg lama pon..lebh2 lagi kalu kita x ulang bacaan yg 3 kali..iA sangat mudah dan sangat patut diamalkan..Sebab kita hanya boleh harapkan pertolongan Allah s.w.t je la untuk nak menghadapi hari yg bakal dilalui..iA kalau rajin lagi bc lps Subuh n lps Asar..Doa yang ad dlm Al-Mathurat ni pun sangat sweet kalau kita faham then hayati….

Selamat beramal!!

written by~wapel^^

Wednesday, September 16, 2009

da tau wat gak...da berilmu wat2 xtau! >.<

ehm3 smpai lg ariku T.T
stiap kali mesti kne ari yg ade exam
tp xpe la..kalo da mmg amanah..kne arr wat kn
ayat femes "kte kne beriman ngn mase"
kalo da ade janji, amanah, tanggungjwb..jgn tangguh
mane lg penting tu ohok333

exam dunie je..
da tu mmg Allah da tentukan da pon result
bukannye xusaha
dr ptg da bce buku..da usaha da kn
nk dpt xelok pon..rezeki

"sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya"
(6:134)

so stop la jap.. tulis artikel bleh?
bknnye lame pon.. 5 minit xsmpai
cm gi toilet gosok gigi je pon

"Allah akan sentiase tolong hamba2Nya yg mane menolong agamaNya"

Mary O'Connor pon pnah ckp
"bukannye kte kisah mcmmane ko busy, tp KENAPA ko busy??"

arini nk ckp psl mempersendakan islam kot
tetibe teringat blaja kt sek dlu haha~~
dr yg ak belaja slame ni
ade byk jenis mempersendakan islam ni
nk senarai smpai taun depan xabes

so nk cerite sejarah idupku arini hoho

sejak dr kecik ak mmg sek agame..
xknal gak la dunie lua
rasenye kwn2 sek tu pon same je rase die
ktorang cm katak bwh tempurung
idup ngn ktorang2 je

so ble da sek men..
setaun sempat la gak masuk sek tahfiz
ahaahaha jaat je ak kt stu
panjat pagar la.. tipu sane sini
xnk gi kelas
xnk gi qiam
wat2 baik dpn ustaz..
time kt surau..wat2 la ngaji, solat awl
ye arr kn badan xnk terime pon bende2 tu
mak ayah yg skati masukkan kt sni
*geram gle laa konon time tu*

pindah la plak sek. keb
aaaaaaaaa?? mmg tkejut badak pon ade
culture shock org kate kn hohoho

eh?? nape dorg cmni ek??
sane kapel, sini kapel
xpkai tudung?? aha..kt sek je pkai
balik umah, xyah balik pon.. on da way balik tu da cabut tudung
eh?? pkai skirt??
eh??? korg gi mane tu?? kelab??
eh?? ade siap yg da mgandung
ape ni?? xpaham laaaaaaa!!

time tu... ape yg ak tgk sume ak agak pelik arr
ak xpnah kn ade kwn2 yg cmtu
da dr tadika mmg kwn ngn dak2 berjubah, tdung labuh
ehm... kwn2 ku yg bru ni... ade la gak ajak2 ke arah ehm3
kadang ati bergoncang gak... pnah cube 2 3 kali
cm stat tggal solat..gi konsert


"dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mempergunakannya untuk memperdengarkan (ayat-ayat Allah). mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lengah"
(7:179)

urghhhh xsedar la gle!! pe ak wat ni??
sabo agi... ingat mak.. ingat ayah
pnat dorg abeskn duet kt ak yg lemah ni..6 taun sek swasta
ok..tahan..tahan! jgn wat da!!

kt umah...tiap2 mlm chatting
solat lmbt2 da
bukak intenet... contact kwn2 lame
kwn2 yg same sek agama dlu rmai gak da pindah
masing2 tukar2 cerite arr huhu

ehh? tp... ehhhh!!??
laa... nape da bukak tudung!!??
laa... da kapel??? kua mlm2 dating?? 2 org je ke??
korg wat pe tu?? pgg tgn...? sejuk ek mlm2? ㅋㅋ

rupenye2 kwn2 lame pon da berubah
ya Allah
bru bp bln...
xsampai shari kt nerake pon (hehe perumpamaan)
nk berubah laa sume...

korg....
mane korg yg same2 gi bce quran kt musolla dlu??
mane korg yg same2 gi masjid?
mane korg yg same2 solat hajat nanges tok bumi palestin?
mane korg yg same2 dgr tazkirah kt surau?
mane korg yg gle2 nye hafal quran??
mane korg yg smpai nk nanges dgr korg ngaji sedap gle?
mane korg yg jait, beli tdung, lipat telekung, pkai jubah same2 dlu?
mane korg yg janji nk masuk syurga same2?
mane korangggggggggggggg??????????
mane aku?????? yg same2 korg wat sume2 tu??

mane akuuuuu?????????????

ya Allah...ak mmg hambe yg lemah
salalu lupe kt Kau
ya Allah... dose ak bergunung...

alhamdulillah... ak tsedar dr mimpi gle foya2 ak slame ni
apekah ak nk berubah??

ak sgt bersyukur...
n skrang ak rase nk cium gle2 je mak ayah ak
sbb masukkan ak sek agama dr tadika
tau gak halal haram
ak bersyukur dpt knal islam dr kecik
rindunye....rindunye nk balik dlu2
suci...xtau dunie luar
rindunye...nk hafal quran same2
nyesalnye ak xsungguh2 dlu

tau x..ak tsedar sume2 ni pon
sbb ade sorg dak cine dtg kt ak
n die tnye...
pe bes tu islam?
nape korg dgr ikut je islam??
org suruh pkai tudung..pkai la jgak
org suh pose..pose la gak
tp..pkai tdung.. pose2 pon
wat tu jgak..wat ni jgak..same je ngn ktorang kn?

pastu kalo dlm kelas...kamu org tido je
kalo mesyuarat...kamu org dtg lmbt
kalo wat keje..mesti korg last minit..xsiap..tangguh
sy xnmpk pon pape yg special jadi cm korg
n sy berbangge ngn bangse sy yg sgt efficient

n ak pon ngn bodonye diam je...
tgk! sket tu pon xleh nk bls
"pe yg specialnye islam??? "
otak ak dok terkorek2 jwpn...B.L.A.N.K!

kte ni islam ke??
bile janji...xdtg..xwat..lupe
bile wat keje..tangguh2
bile blaja..mls gle
ble gossip..amboi!!
ble ade sorg yg terer lam pape ... wat geng..kutuk die
bknnye nk support

islam tu menepati mase
islam tu bantu rakannye... sesame kaum
islam tu efficient
islam tu lengkap
ehm (lam arab pe ek..syumul?)
xingat laa huhu..nnt revise balik buku
name pon islam -agama Allah..mesti lah sume yg terbaik kn??

pabo x? sedar x??
so skrang jgn nk sala kn org...sape yg menjatuhkan kaum sndiri??
kte gak... tlg laa pacik cermin...round la sekitar wajah2 pemuda pemudi kte ni
bia nmpk sket muke masing2

kalo kte pndai skali pon..malas gak..xde gne
kalo kte alim(byk ilmu) skalipon... mase xjage..janji xjage..pe gne?

jgn laa memalukan name islam..
ape lg kalo org yg da dpt ilmu dr kecik
lebih dr org len...die plak wat mende2 yg dilarang
org akn pikir tau x

"ala... da dak alim tu pon wat cmtu..ak xsala la!"
xkn kte nk jd fitnah islam kot???
nk carik pasal... wat btol2..murtad terus~
ni ngaku islam..ckp baik2..tp kt blkg wat gak mende2 xelok

"wahai orang-orang beriman! janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir (musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman"
(5:57)


jgn mempersendakan islam..haram laa!
jgn main2kan islam
jap ikut jap x
jap kate haram..esok wat plak
jap nasihat org..esok wat jgak
xphm gak tu xtau laaaa ak

"maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"
(22: 46)

jom berubah kwn2~ jgn asyik pikir dunie je...
insyaAllah dr mase ke mase ak pon nk baiki diri ni
same2 kte tlg sesame kte ok?? ^^

wed's shift : ice cream

Saturday, September 12, 2009

jom buat fresh lemon juice!!XD



Dengar sampai abes tau!!it's so inspirational that it brings me tears everytime!!

Bismillah..Alhamdulillah..kita bersua lagi biarpun wapel post sgt2 la lmbat..Jadi wapel pon nk mntak maaf sbb lambat ye..iA hope antum sume x marah wapel^^..Hehe kalu ikot tajuk tu.. nape ngan jus lemon tetibe ni? wapel ni x tau ke skrg bulan pose??

Hehe sebenarnya jus lemon ni simbolik je dengan apa yang wapel akan bincangkan kejap lagi..Kali ni wapel nak bincang topik kesedihan..hah kenapa ngan sedih pulak?sebab nak raye ke?Setiap manusia mesti pernah melalui rasa kesedihan ni..x kesah la ia melibatkan masa depan ke,masa lalu ataupun perkara yang berlaku sekarang..Cam kalu wapel skrg tengah bersedih dengan result exam yang kelakar tu..Tu baru wapel je..Orang lain,sahabat2 lain mesti ad benda yang di tangisi..Then kita akan cakap perkataan like "Kalau la aku.."or " Knapa la aku wat camtu..kalu aku cm cmni kan bgs"..atau we will simply sigh and then cry out loud..Dalam diam2 kita akan menyalahkan qada' dan qadar yang Allah da bagi kat kita..Padahal tu adalah rukun iman kita yang ke-enam,Percaya kepada Qada' dan Qadar

Kali ni wapel nak petik cerita..cerita ke ek ni..ntah la artikel kot daripada buku motivasi warna kuning yang bertajuk La Tahzan ataupun Jangan Bersedih..Kesedihan melanda seluruh dunia , tanpa membezakan negara-negara di belahan dunia Barat mahupun Timur, orang kaya atau miskin. Penyakit ini menyerang semua orang dan pada umumnya akan membawa kepada bunuh diri!!

Bunuh diri tidak pernah memperhitungkan nama-nama,kedudukan atau negara.Tapi bunuh diri x pernah berlaku kat orang yg beriman.

Firman Allah S.W.T:-

....dan janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri..(An-Nisa:29)

Even bekas Presiden Amerika Syarikat , Ronald Reagan menderita stress dan sentiasa bersedih. Penyakit ni menyerang beliau ktk berusia melewati 70 tahun, di mana seharusnya tdk ad lg tekanan yg patut dihadapi n berkali-kali menjalani peperiksaan..

Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) perhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun..(At-Taubah:-126)

Seorang bijak bistari mengatakan: "Buatlah minuman segar dari lemon"..

Si bijak laen pun berkata : " Orang cerdik bukanlah orang yang mampu menambah keuntungannya, namun orang

yang mampu mengubah kerugian menjadi keuntungan.

...Oleh kerana itu, Allah menimpakan kesedihan demi kesedihan kepada kamu, agar kamu tidak bersedih hati terhadap sesuatu yang luput dari kalian..(Ali-'Imran:153)

Maksudnye masalah-masalah yang telah berlalu, jangan diungkit-ungkit, kerana ia hanya akan menimbulkan kesedihan,kegoncangan, dan membuang waktu..

Ingatlah sahabat2 ku...Even Rasulullah S.A.W pun pernah ditimpa kesedihan bertimpa2 yang dipanggil Tahun Kesedihan baginda di mana baginda kehilangan isteri tersayang serta bapa saudara..berturut2..Tapi adakah Rasulullah hanya duduk bersedih mengenang nasib?Tidak..Rasulullah tetap menjalankan tanggungjawab baginda yang mulia tu..Rasulullah S.A.W teruskan tugas sampaikan wahyu dan sebarkan dakwah,biarpun apabila tiba di Thaif baginda di baling batu oleh penduduk di situ sehingga kasut yang Rasulullah pakai dipenuhi dengan darah Rasulullah..Subhanallah!!

Sekarang wapel nak hurai gambaran kesedihan orang2 yg menderita ditimpa musibah dengan tajuk " Turutlah prihatin atas nasib org2 yangmenderita"..

..Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah2 itu agar mereka mahu berfikir...(al-A'raf:76)

Umar R.A mengatakan " Inilah aku. Tidak pernah aku menuntut, malah aku menikmati apa yang telah ditetapkan qadha'"

Aku akan menghilangkan semua pengharapan

jika ia muncul di lubuk hati.

Sebab dalam keberanian

Aku dapat mengembangkan diri..

Ibnu Abas kehilangan pandangannya(buta) tapi dia berkata sambil menghiburkan diri:

Jika Allah telah mengambil sinar

dari kedua mataku

masih tersisa di hati dan sanubariku

cahaya yang lain..

Aku masih dianugerahi hati yang cerdas

dan aqal yang tidak menyimpang

sedang lisanku dibuat tajam

bagaikan pedang menyambar...

Demikian Ibnu Abas menghiburkan hati dengan mengingatkan pelbagai nikmat yang terdapat pada dirinya meskipun kehilangan sedikit nikmat.

.Kaki 'Urwah bin Zubair dipotong dan anaknya meninggal pada masa yang sama.Katanya:-

" Ya Allah..segala puji bagi Engkau. Jika hari ini Engkau mengambil, maka sebenarnya dulu Engkau telah memberi, jika kini Engkau mendatangkan cubaan, maka sesungguhnya dulu Engkau telah memberikan keselamatan. Engkau telah kurniakan empat anggota tubuh kepadaku(kaki dan tangan),namun Engkau hanya mencabut satu dariku, Engkau kurniakan padaku empat orang anak dan Engkau hanya mengambil seorang di antaranya"

Abu Al-Itahiyah berkata:

Betapa sering hidupmu terancam

namun Allah sentiasa menjaga

dan memberi yang terbaik untukmu.

Masih saja engkau

membenci segala keputusanNya??

Hah..Panjang da wapel membebel ni..iA jom la kita stop bersedih dan berdendam satu sama lain..Semua yang berlaku ada hikmah dia..it is just up to us to judge it..be it bad or be it good..semua tu adalah Rezeki^^ ..Yang penting kita masih perlu menjaga nikmat terbesar kita iaitu nikmat Iman dan Islam..Kalau dua2 ni pon da x de..Nauzubillah betapa kosong dan ruginya hidup kita kat dunia sementara ni.."

Jom wat fresh lemonade!!

Perfect Lemonade Recipe

INGREDIENTS

  • 1 cup sugar (can reduce to 3/4 cup)
  • 1 cup water (for the simple syrup)
  • 1 cup lemon juice
  • 3 to 4 cups cold water (to dilute)

METHOD

1 Make simple syrup by heating the sugar and water in a small saucepan until the sugar is dissolved completely.

2 While the sugar is dissolving, use a juicer to extract the juice from 4 to 6 lemons, enough for one cup of juice.

3 Add the juice and the sugar water to a pitcher. Add 3 to 4 cups of cold water, more or less to the desired strength. Refrigerate 30 to 40 minutes. If the lemonade is a little sweet for your taste, add a little more straight lemon juice to it.

Serve with ice, sliced lemons.Voila!!


Waaa!!Sounds tasty!!hehe let's make the freshest lemonade out of those wasted lemons!!

(Sume faham ke kaitan lemon tu?ok kalu ad yg x phm..lemon=kesedihan,fresh juice=fresh start or literally means something useful n good)^^peace..


posted by-wapel