Monday, September 7, 2009

HAtiku TersentuH~

KDgkala tajuk mcm nie kite slalu gune time kite best cinta2 kan...
tersentuh kerana si dia bg adiah, dy tlg somthg...or ape2 la....

tapi rsenye ni bukan.... korang pernah bukak Quran Explorer kan??
Try cari Surah Ali-Imran ayat yg ke 77... reciter dy..korang try tukar kpd as-sudays-shraym...
pastu korang tekan play la... dga ayat tu...

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَيۡمَـٰنِہِمۡ ثَمَنً۬ا قَلِيلاً أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيۡہِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬
"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

Astagfirullah.... takut sungguh dgn hukuman yg dijanjikan ALLah kan... reciTEr tu pon sampai MCm nk menangis je.... sampai ulang skali lagi ayat yg last tu~......

Dunia hanya jambatan utk kite kan... tu pon mcm yg kite blaja dulu.... dunia ni juz mcm tmpat musafir kite je....
berhenti sekejap sblm kembali ke kg halaman kite yg sppttnye ialah Syurga....
Nak jadi musafir bukan senang.... kena ade bekal.... kena ade nasik kan... nasik kepal pon ok..^^..... xpon..kite ade duit2 skit....bleh beli barang2 nti...beli2 mkanan..... utk tmpung perjalanan kite ke kg halaman nanti....

jadi..cube andaikan Bekal kite tu sbgi Iman kite.... duit sebgai pahala kite.....
Insyaallah kan... KLu ckup bekal....ckup iman.... dpt la kite bertahan sehingga smpai nti....
klu kite ckup duit..ckup phala.... bleh la menjadi timbangan utk kite... utk kite selamat smpi kat kg halaman gak...kan2...^^

p/s= sory...xdpt elaborate dgn tepat...coz kekurangan ilmu... tApi harap korg Dpt fahami ayat Allah tu lagi baik..^^

by= DzuL

Di Sebalik kesusahan tu ade kemudahannya~~~


Allah S.W.T datangkan hujan yang lebat beserta guruh yang berdentum dentam sampai budak2 kecik semua nangis takutkan bunyi yang kuat tu..bukan budak jek kalo kat korea neh orang tua pon takut almaklumla kat korea neh jarang ade hujan lebat sampai ade petir ngan guruh...huhu~~

Tapi selepas hujan yang lebat ngan guruh yang menakutkan nie Allah S.W.T datangkan balik cuaca yang terang benderang...dengan sinaran cahaya matahari...dan muncullah pelangi yang berwarna - warni...
Cuba kite renung-renungkan balik....kalau la xde hujan...macam mane nak ade pelangi?



Kita buat contoh yang paling dekat ngan kehidupan kite sebagai pelajar..memandangkan ni minggu exam kite semua mengeluh..(ni teguran untukdirisendiri jugak..hehehe).."apsal la kene exam?"...."penat r nak kene stdy smpi pagi2 buta"....mase kelaspagi pulak..."cikgu neh x paham ke...kan ade exam 공학 (gonghak)..penat r nak blaja pagi neh"...macam macam keluhan yg kite dengar...tapi disebalik keluhan keluhan nie..kite ingat la balik dengan janji Allah S.W.T...dua kali berturut turut Allah S.W.T ulang...dalam surah Al - Insyirah (ayat 5-6)

(5)فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا
(6)إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا

maksudnya:Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

InsyaAllah setiap kesusahan,kepenatan yang kite hadapi dan rasai sekarang nie akan berbayar nanti..
So, hiduplah dengan mental yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasalah bersedia untuk menempuhi hari-hari seterusnya dengan penuh semangat dan sebagai hamba-NYA yang sentiasa diredhai...sentiase sematkan dalam ingatan bahawa perjalanan hidup kita masih terlalu jauh untuk dilengkapi..kalo la kite terkandas kat dunia jek..macam mane kite nak menempuhi hidup kat alam yang akan datang????


by:Kyu7.
bersama-samala kita masuk Q untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T di bulan Ramadhan yang mulia ini...

Saturday, September 5, 2009

KISAH CINTAKU.....

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan ALLAH memang tiada tolok bandingnya.
Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah DIA sajikan itu.Aku duduk dan terasa kehadiran-NYA disisiku. DIA bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai AKU?"

Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintai-MU. "

Kemudian DIA bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintai-KU?"

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat pelbagai kerja yang mustahil untuk aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintai-MU. "

Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKU?"

Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai ALLAH dan segala ciptaan-NYA. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap mencintai-MU YA ALLAH."

Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKU? "

Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga tetapi menggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap mencintai-MU. "

DIA menyambung lagi soalan-NYA, "Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memuji-KU?"

Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang ALLAH mahu kita memuji-NYA dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimanakah bunyinya.Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagi-MU, aku akan tetap memuji-Mu."

Dan...DIA terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar mencintai-KU? "

Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, aku mencintai-MU kerana ENGKAUlah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalan-NYA tadi, tetapi DIA terus bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?"

Aku menjawab, "Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum."

"Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakan-KU? Kamu lari jauh daripada-KU? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada AKU? Kamu datang dekat dan merayu kepada AKU?"

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini...kadang- kadang sujud menyembah-KU,dan kemudian membelakangi-KU,tidak pedulikan-KU? Mengapa kamu hanya datang mencariKU hanya ketika kamu nengingati-KU? Mengapa kamu meminta kepada-KU sedangkan kamu tidak setia kepada-Ku?"

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. "Mengapa kamu malu kepada-KU? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhan-KU? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain?Sedangkan AKU sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika AKU memberi kamu peluang untuk berkhidmat di jalan-KU?"

Aku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yangbertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. AKU jadikan di dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalan-KU, tetapi kamu tetap berpaling dari jalan-KU. AKU tunjukkan kepadamu kata-kata-KU sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali AKU berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. AKU turunkan kepada kamu pesuruhKU, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. AKU dengar segala permintaan dan rayuanmu kepada-KU... dan semuanya telah AKU perkenankan dengan pelbagai cara."

Sambung-NYA lagi, "Kini... adakah kamu mencintai-KU? "

Aku tidak mampu menjawabnya lagi.Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak, menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hamba-MU YA ALLAH..."

Kemudian DIA menjawab, "Sifat-KU pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dari-KU, nescaya AKU ampunkannya.Dan AKU ampunkan kamu wahai hamba-KU."

Aku bertanya kepada-NYA, "Mengapa ENGKAU tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cinta-MU terhadapku?"

Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaan-KU. AKU sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis AKU akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.Apabila kamu melonjak kegirangan AKU akan turut gembira dengan kegembiraanmu.Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, AKU akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, AKU akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, AKU akan membantumu.AKU akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan AKU akan menyayangimu selama-lamanya."

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras,tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam erti kata yang sebenar.

Wa'allahualam. ..
p/s: sama2lah kita renung2kannya ye sahabat2ku sekalian..moga kita mendapat manfaat dari cerita ini..Insya-ALLAH..

posted by: Nadz

separuh dah berlalu~~~



assalamualaikum salam perjuangan pd teman2 sekalian..emm dah masuk 15 hari kita puasa...cepat betul masa berlalu..mcm mana ya kita isi ramadhan kita yg dh lepas2 tu ya?? ni hanya nk buat muhasabah diri sikit la...apa yg dah berubah sejak masuk ramadhan ni ya?? ada teman2 bertekad nk habiskan 1 juzuk al-quran setiap hri...ada yg dh sure ni la time nak diet...hmm tak kira apa pun tujuan kita...harap2 mendatangkan faedah dan diredhai Allah...

kali ni just nak review balik je kwn2 pasal Lailatul Qadar...maybe semua dah pernah dgr ttg keistimewaan malam ni melalui hadis Rasulullah s.a.w.:

"telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan yang mana diwajibkan kepada kamu berpuasa.di bulan inilah pintu langit dibuka seluas-luasnya, ditutup rapat pintu neraka, diikat pula pergerakan syaitan, dibulan inilah juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Jadi sesiapa yang terlepas akan kebaikan dan keberkatan malam tersebut maka dia adalah orang yang rugi dan terlepas dari kebaikan malam itu"

malam ni memang Allah tak nyatakan bila so kita semua perlulah berusaha meningkatkan amal ibadat kita pada waktu ni kan??? takkan berjaga malam semata2 nak main game, tengok movie ja kan,,,harapan agar ramadhan kali ni lebih memberikan banyak manfaat dan perubahan yg bermakna pada diri kita...moga ukhuwah antara kita lebih erat dengan rahmat ramadhan....moga Allah mudah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat....moga mudah utk kita study tuk exam gonghak dan hangugo nnt...
salam ukhuwah~~~

chingu

Thursday, September 3, 2009

"eeee...aku benci betol laa ngn die tu!! nnt la aku balas!!"

saket ati tu mende biase la kan
tapi lepas rase saket ati tu.. kne berdendam ke?
xpon balas dendam??
hmm.. nk kate xpenah buat mmg tipu la kan
biase la manusia.. mesti ade gak kesalahan yg die wat
saket ati tu kalau biar lame2 mmg die akan masuk lam ati, pastu jd keras cm batu
kalo x dibuang la..
sbnanye kalau kte xnk saket ati tu.. kte leh je elak
wat2 xtau.. xpon gi amek wudhuk hoho
kalau kte ade dgr org ngumpat or ckp pape buruk pasal kte ke
tayah laa amek smpai ke ati
sbbnye kalo berdendam dr situ... kte pon masuk skali lam "lingkaran bodoh"
*bak kate ustaz kt incheon haha*




selalu yang gaduh2 ni mesti dr mulut kn??
smpai ade yg bunuh2.. gaduh besar.. xckp betaun2
kte mmg marah.. geram.. tp jgn arr simpan lame2
sbb lg lame die dok lam ati tu.. lg la syaitan akan cucuk2 smpai kte rase nk buat mende buruk kt org tu.. kn kn?
Allah pon memaafkan hamba-hambaNya.. so yg kte nk berdendam tu nape?
layak ke kte nk jd lg tinggi tarafnye berbanding Allah
kalau Dia da maafkan org tu.. eeee mmg xlayak laa kte nk marah2
cam hebat sgt.. kte leh wat pe je pon.. balas balik.. dpt dose je

kitaran bodoh dendam ni..sng je
mule yg A ni saketkan ati si B
da tu...B geram.. dendam.. ok "tunggu la nnt ak balas"
pastu mule la gne pepatah melayu tuh
"ade ari ade batas..ade ari leh balas"
aha... mmg da start nk masuk lingkaran da
then si B pon balas... si A saket ati plak...
"ooooo ko nk lawan ak ek?? jage nnt" .. *nk menang gak*
berbalas2 la 2 org tu haa...
kalo xde penyudahnye..mmg smpai anak cucu pon ade gak
dorg pon xpasal2 kne bermusuh ngn kuarge si A or B
amek alasan.."wasiat org tue... kne la laksane kan"
aiii.. mmg buang mase gle..nk bertanding bknnye dpt trofi pon
kn da masuk kitaran bodoh~

so sume... jgn laa simpan2 dendam
kte sumenye bersaudara kot
nnt kt padang masyar, xde laa ko tgi, ak rendah... sume same je.. gelabah
xpk pe da...malu ngn dose sendiri... takut ngn api neraka
sume same je...

kte kne tlg satu same len patutnye...
so that sume dpt masuk syurge skali
wow..tu baru laa 대박~~~! ㅋㅋ

"tidak beriman seseorang kamu, selagi mana die tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana die mencitai dirinya sendiri"
bak kate te'ah yg aritu

"'Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangkaa, kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain...'
(Surah al-Hujurat : 12)

by : ice cream

Tuesday, September 1, 2009

Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul..






Bismillah..Alhamdulillah..Waa cepatnye masa berlalu tup tup je da sampai turn wapel balik buat post^^Patutla Allah S.W.T turunkan ayat khas berkenaan dengan Masa dan betapa kita semua ni kerugian..Ramadhan antum sume camne?Sekarang pon da masok fasa 2 puasa!!
..Cukup ke amalan?Sempurna ke?hihi wallahualam..


Wapel tahu tajuk kali ni agak berjiwang..Pemilik Cintaku
selepas Allah dan Rasul ni sebenarnya sebuah buku motivasi karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.Beliau ni juga tulis novel2 best yang tebal dan berlatar be
lakangkan agama seperti Syabab dan Tautan Hati yang terbae
k!!

Wapel rasa wapel x mampu nak kupas semua dalam buku ni..Wapel nak cite pendapat wapel je regarding this particular topic.Wapel tau ramai yang da bosan dengan cite pasal hubungan2 tapi at the end masalah ni masih lagi berlaku..Manusia..memang mudah tergoda dengan tarikan dunia..

So, what comes after Allah and Rasul?Sememangnya Cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta yang paling agung yang boleh dicapai oleh makhluk Allah yang hina ni.Tapi x salah kalu kita nak suka benda lain asalkan perasaan tu still tertumpu kepada Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Dan yang penting x melanggar LARANGAN Dia..



Jadi..cinta kita harus curahkan ke mana ni?Ke Bahasa Korea atau Hangugo?Atau diri sendiri?Bakal Suami?Jeng...jeng..fikirlah ye dan muhasabah diri sejauh mana kita betul2 sayangkan Pencipta kita^^

Wapel tertarik sangat dgn penulisan buku ni..Sebab die bercerita tentang cara memilih pasangan sehinggalah tips kebahagiaan rumah tangga..Kehidupan kita di alam perkahwinan berkait rapat dengan cara kita berkenalan sebelum diijabkabulkan dengan ikatan yang sah.
Penulis menceritakan betapa bahagianya alam perkahwinan yang dijalin dengan ikatan iman..Terasa sungguh bahagia dan ungkapan "Alam perkahwinan tidak akan selalu bahagia" tidak pernah terlintas di fikiran..Jadi itulah dia pemilik cinta penulis selepas Allah dan Rasul..
X ke sweet tu..Suami tidak meletakkan kerja rumah 100% kpd isteri ,isteri pula sentiasa meringankan beban suami..Sama2 berdakwah berganding bahu menjadi bintang agama..
Bak kata ustaz,kasih sayang tu Allah yang bagi..X semestinya kalau kite dah sibuk berkapel nanti lepas kawen perasaan sayang tu akan berkekalan..Cam lagu senario tu.."B4 kawen jalan berpimpin tangan lepas kawen suami di depan isteri tggal di belakang!"
Nauzubillah..semestinya kita mahukan kehidupan rumah tangga yang sentiasa aman dan sweet..Dan lepas tu dapat zuriat yang comel2 dan menyejukkan pandangan..But tu semua bergantung kepada pergaulan kita sebelum perkahwinan tu sendiri.
Memang ada org tanya wapel.."Camne kita nak tau die org yg camne kalu kawen ikot cara Islam yang betol..Tgk muke pon x ble, mana tau die tetiba pendera bersiri ke..ape ke..Tu la fungsi kapel, nak kenal lebih dekat bia x de kes kena tipu camtu"...
Hmmm ape yang kawan wapel cakap tu mybe ad btolnye..Tapi kalau sume org ikot cara Islam-Islam yang betol2 indah dan sempurna tu-hal2 camtu x kan terjadi..Islam ni perfect..Rasulullah pon da beri garis panduan nak cari jodoh..

Sabda Rasulullah S.A.W Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, keranaketurunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Like i said earlier,jodoh, kasih sayang tu semua kerja Tuhan..Kita nak risau ape..Kita kan bole buat Solat Istikharah..Banyakkan mintak pertolongan Allah,mintak ape yang terbaik untuk agama kita,untuk masa depan dan untuk diri kita..
X semestinya org berkapel tu die jadi diri sendiri jugak..Ye la time kapel punyela gentleman,kalau gi dating x pernah x belanja tp nnt bile da kawen laen ceritanya..
Yang penting sekarang,before kita declare kita sayang seseorang tu,kita kena jaga hubungan cinta kita dengan Allah S.W.T..
Ni nak gi jumpe makwe punyela wangi dan comel,keluar pulak 1 jam awal,tapi nak gi jumpe Allah pakai baju tido semalam pastu solat pulak akhir waktu...
Camne Allah nak redha hubungan yang camtu ek??Masya-Allah....

Lagi sabda Rasulullah"Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu). "

Wapel pon jadikan kapel dalam buku ni sebagai garis panduan wapel..iA pemilik cintaku akan datang dengan izin-Mu Ya Allah^^(jiwang ke?)
Kalau kawan2 nak jugak baca buku ni boleh pinjam kat wapel or kalu ad request iA wapel ble tolong uploadkan..


" Al-Quran ini adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh"-Riwayat al-Hakim drpd Ibn Mas'ud

posted by~ Wapel
~ade dipetik dari www.iluvislam.com dan hujanturunmalam.blogspot.com

RingAn-RingankanLah~


hehe..... tajuk utk ape nie??? senang cite nye...ringankanlah ape yg patut kot...klu rse bdan tu berat je ke kan... kite jadikan ringan skit...bulan pose nieh.... sng skit kan..untuk Saufi..ingt Tu....hehe~ xade la....bukan nk ckp tu....
ade ke maksud tersirat len utk ringan-Ringankan nieh??? emm.... mybe ada kot....

Teringat Surah Al-Baqarah....baru revise balik ha.... Ayat2 hujung2 skit gk la.....

BIsmiLLah....

"perumpamaan org yg menginfakkan hartanya di jln Allah seperti sebutir biji yg menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tgkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, MAha Mengetahui"
Al-BAqarah:261



Ya Allah...Pemurahnye~ senang2 je kite boleh dpt pahala ha...Dengan ape?? BERSEDEKAH......Insyaalllah.. Dalam ayat yg len... Allah juga bagi satu perumpamaan yg cukup indah..ayat2 yg mmg sukar utk dicipta oleh kita yg serba lemah....

"DAn perumpamaan org yg menginfakkan hartanya utk mencari redha Allah dan utk memperteguhkan jiwa mereka, sperti sbuah kebun yg terletak di dtaran tinggi yg disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. JIka hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun(pun sudah memadai). Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakan"
Al-Baqarah:265

HEbatkan ayat Allah....lawa btol trutannye... sye kekurangan ilmu utk menafsirkan secara mendalam ayat ini... tapi rasenya memadailah klu sya berkata bhawa sedekah ni mmg sgt2 dituntut disamping Allah janjikan kpd kita bermacam-macam kelebihan... jika sedekah anda suma sedikit mana pon....sebenarnya cukup utk dinamakan sedekah...Allah pun berfirman kan...embun sekalipun sudah memadai utk menyirami kebun kita....^^

Tapii hati2 eh....cube lihat ayat yg seterusnya.....

" Adakah slah seorg kamu yg ingin memiliki kebun kurma dan anggur yg mengalir di bwhnya sungai-sungai, disana dia memiliki segala mcm buah-buahan, kemudian dtg lah masa tuanya sdg dia memiliki keturunan yg msih kecil-kecil. LAlu kebun itu ditiup angin keras yg mengandung api, sehingga terbakar. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memikirkannya"
Al-Baqarah:266

DLm tafsir ni...mengatakan....yg pasal api tu kan..tulah perumpamaan org yg menginfakkan hartanya kerana riyak... membangga-banggakan pemberiannya kpd org dan menyakiti hati org yg diberi.....cubelah aggap pahala tu mcm duit ha..berharga gile...tp kalau api menyambar.... Hilang jugak nilai tu kan......

utk rakan2.... ingt eh.... sedekah bukan sekadar bg duit...tau kan sume tu.... sedangkan mengalihkan duri dari laluan jln org rmi pon da sedekah...byk ag contoh ha...da blja kan...pendidikan islam...utk SPM tu....^^....
Buku ini boleh dibeli dari Pustaka Munirah
cube tgk muke dpan buku ni..ntah dri mane ntah copy nye ha....tp ape pon... sebenarnye.....tajuk tu nk ckp..amalan sedekah jika kita melakukan amalan sedekah jariya..iaitu satu amalan yg sgt2 mendpat pulangan yg terbaik..iaitu pahal yg berterusan..... yg ni rse nye antum sume tau ape contoh2 amalannye kan...AMALKAN ea!!!!!

ape ape pon....jauhilah riyak.... bhaye tu!!! cpt2 istighfar...

p/s= actually nak ingtkan kat budak usrah ni ha....ingt eh...infak utk bulan 9... atas permintaan rmi.... infak utk bulan 8 xyah la..start bulan 9 k!!! hehe..... ikhlaskan hati!!!!


[sory lambat post skit]
posted by: DzuL~