Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

::Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik::

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

“Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata, “Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.”

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :

“Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .”

********

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda:Yang bermaksud:"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu.Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Regards,
Khairul Furzan@Forro
http://www.wangsege ra.com

posted by:NADZ


Sunday, August 30, 2009

Jangan sia-siakan peluang yang ada...

Assalamu'alaikum semua..Terlebih dahulu saya nak mintak maaf banyak2 kat semua ahli usrah blog ni terutamanya dan kepada semua pelawat blog..huhu..Mintak maaf banyak2 sebab saya tak dapat update post baru untuk hari sabtu..Terima kasih jugak kepada sahabat liqa' sebab dah tolong 'update'kan post baru untuk semalam..Terima kasih banyak2 ye...Insya-ALLAH lain kali post akan di'update' seperti hari yang ditetapkan..

Ok,ni ada sedikit perkongsian dari saya..

Pernah tak korang terfikir, kenapa di bulan Ramadhan, semua makanan yang selama ini nampak tak menarik, tak sedap, membosankan dan tak menyelerakan kelihatan sebaliknya? Maksud saya, di bulan Ramadhan, air mineral dan roti kosong pun nampak sangat menyelerakan.Goreng pisang dan keropok goreng yang dijual kat tepi jalan yang selama ini kita tak pandang pun kelihatan sangat menyelerakan.Yang kelakarnya, kadang-kadang tu sayur pun kelihatan amat menyelerakan....hahaha..

Saya percaya korang mesti jawab sebabnya dalam bulan Ramadhan kita sedang lapar. Sebab tulah semua makanan nampak menyelerakan. Betul!! Saya setuju dengan korang semua. Tapi apa yang boleh kita pelajari daripada perkara ini?

Banyak perkara yang boleh korang pelajari sebenarnya. Satu perkara yang boleh korang pelajari sekarang ialah korang perlu menggunakan segala peluang yang ada sebelum korang terlepas peluang tu. Manusia selalunya menghargai sesuatu apabila mereka telah kehilangan sesuatu perkara tu. Saya minta korang hargai peluang yang korang ada sebagai seorang pelajar.

Sekarang korang masih ada peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan meningkatkan kecemerlangan korang. Selepas peluang ini hilang dan sekiranya korang gagal mencapai apa yang korang inginkan dalam pelajaran, korang akan lihat peluang-peluang tu sama macam korang lihat makanan di waktu siang, terliur, tapi korang tak boleh dapatkannya.Peluang yang ada sekarang tak akan kembali.Gunakanlah peluang yang ada tu sepenuhnya dan capailah impian korang.Insya-ALLAH,ALLAH tak akan hampakan hamba2-NYA..


P/S:Saje je nak naikkan semangat belajar..lebih untuk diri sendiri sebenarnya.

posted by:Nadz

Sunday, August 16, 2009

Pesanan Akhwat Kepada Ikhwah...

Kami ini senang jika diperhatikan,
apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa,

ikhwah yang mempunyai karisma,
atau ikhwah yang alim,

atau ikhwan yang bersifat "cool"

apatah lagi mempunyai sifat penyayang,

walhal kami belum mampu berhijab secara baik,

Oleh itu tundukkanlah pandangan kalian
dengan makna yang sebenar-benarnya,
dan janganlah kalian ikuti pandangan
pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian
berbicara dengan dan tentang kami,
rasa dihati tidak dapat diperkatakan lagi,

kami terasa seakan dihargai ,
namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita,

Oleh itu cukuplah bicara kalian
jika kalian mulai memberi pujian kepada kami

meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga inginnya terus dekat dengan
kalian para ikhwah,

tapi maaf..

bukan karena apa-apa tapi lebih karena
perhatian yang kalian berikan kepada kami,

meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini,

terkadang kami pun terlepas kata dan laku,

malah menjadikan kami dan kalian

semakin tak mengenal batas,

karena itu pertama sekali
nasihatilah kami akan azab Allah dan
setelahnya jangan pernah memberi dan
membalas bentuk perhatian kami.

Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan

satu jalan yang jahat (yang membawa kerusakan)
[al-Israa 17:32]

post by:Nadz