
Time tu, semua muslimin (orang lelaki) ke hutan untuk berjuang. Yang tinggal di kampung-kampung hanyalah wanita dan kanak-kanak. (dan orang tua kot...)
Orang Belanda ni memang pantang nampak lelaki Acheh, mesti nak bunuh punyelah. Pada suatu hari, tentera-tentera Belanda membuat spot check kat satu kampung di Acheh. Spot check mencari lelaki-lelaki Acheh untuk dibunuh. Maka berjalan-jalanlah tentera Belanda dari satu rumah ke satu rumah, sehingga ke satu rumah di mana ada seorang makcik yang dengan rileknya sedang menumbuk gandum (atau beras? semut putih kurang pasti...tapi lebih kurang sama je kan? heheh).
Makcik tu buat dunno je...ketang.ketung.ketang.ketung.
"Dalam rumah ini ada lelaki tak?", soal tentera Belanda.
"Tiada, SEMUA muslimin ada di dalam hutan. Mereka berjihad", jawab makcik cool.
"Bagaimana kami mahu percaya engkau?"
"Tak percaya? Checklah rumah saya!", jawab makcik cool dengan selamba, sambil menumbuk gandumnya.ketang.ketung.ketang.ketung...
Sah-sahlah tentera Belanda tak percaya makcik tu kan, lalu meraka masuk dan geledah rumah makcik cool. Tentera Belanda jumpa seorang lelaki! Lelaki tu tengah menyorok kat bawah katil pulak tu! Ohlallaaa...!!!
Apa lagi, naik beranglah tentera Belanda ni, terus seret lelaki tadi dan pergi jumpamakcik cool.
Makcik cool masih menumbuk gandumnya.ketang.ketung.ketang.ketung...
"Kau kata tadi takde lelaki kat kampung ni. Habis tu, ni siapa??!!", tanye tentera Belanda dengan suara yang tinggi
"Kan aku sudah kata. SEMUA MUSLIMIN ada di dalam hutan! Mereka sedang berjihad!", jawab makcik cool dengan coolnya, sambil menumbuk gandumnya.ketang.ketung.ketang.ketung...
mestilah bukan muslimin!
lelaki pon bukan!
tapi, pengecut!