Saturday, October 31, 2009

Ayat Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat" membawa maksud seperti berikut :


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu mebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana enceritakan dia pernah minum di smakanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya
tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau
tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di
bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Posted by : Nadz

Tuesday, October 27, 2009

why pay for the disease when the CURE is FREE^^

Our greatest peace, and the undeniable cure...ISLAM..


Alhamdulillah....Even the P Diddy's best homie reverted to Islam...Subhanallah...
I just love how he describes Islam in just one word..CONSISTENCY..

Saturday, October 24, 2009

Bagaimana Wudhu' Zahir Dan Batin

Assalamu'alaikum wbt.Apa khabar semua?Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati-NYA.Insya-ALLAH..

Bagaimana dengan solat kita selama ni ye?Adakah kita sudah mendirikan solat atau sekadar mengerjakan solat?Erm..minggu ni saya nak kongsikan sikit macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat.Insya-ALLAH sama2lah kita praktikkannya ye sahabat2 sekalian.Semoga solat kita akan lebih sempurna dan mendapat tempat di sisi ALLAH SWT.Insya-ALLAH...


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Erm..macam mana sahabat2?Jom kita sama2 praktikkan cara berwudhu' dan solat Hatim ni.Insya-ALLAH..

Posted by: Nadz

P

Thursday, October 15, 2009

이상한 소리(bunyi yang pelik)....


Bismillah…it’s been a long while ~ Da lama rasa wapel x menulis so rase cam pelik sikit..Maaf ye dipinta rasa minggu-minggu lepas ni busy, lemah dan tiada idea…Ye la wapel bukanla reti sangat nak menulis ni, mengarut reti la..Tapi iA I’ll try to give my very best!

Ni single baru sami yusuf oppa!!You came to me tajuknye..
as always our sami yusuf did an awesome job..
Lagu die sangat sedap n tenang n sedap la,,
video klip pon sangat la cantik^^
Alhamdulillah kecantikan dan kesedapan/kemerduan
suara semua tu digunakan untuk dakwah..best kan??
Tajuk kali ni adalah bunyi yang pelik…
Ape bunyi yang pelik tu wapel??
Hmm kali ni wapel nak bincang pasal bunyi yang sangat cepat merebak dan
sangat la dahsyat kesannya terhadap individu tertentu
Jawapannya ialah mengumpat….
Dalam hal mengumpat, jumhur ulama telah sepakat mengatakan bahawa ia
adalah satu perbuatan keji dan dosa besar. Pengumpat, pemfitnah termasuk dalam
kategori pencela yang mana mereka itu semuanya dijanjikan dengan azab neraka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”

(Surah Al-Humazah:1)

Tengok tu..Allah dah janjikan kecelakaan bagi orang yang mengumpat, mencaci,mengkeji dan menghina.

Bagi wapel sendiri pon, mengumpat ni hanyalah untuk orang yang penakut, pengecut dan dayus..

Islam adalah agama yang berlandaskan keamanan.

So kita sangat2 digalakkan untuk berdamai..

Then kalau x puas hati, berbincang..

bersua,meluahkan pendapat..

Bukannya kita buat perang psyco dengan dia..

Tp kalau la orang tu memang jenis yang x makan saman,

da bincang da tegor banyak kali tapi x berubah..

hmmm betul gak ek..

wapel pon penah gak alami situasi camni..

Pendapat wapel kita bawak ke kaunselor ke senior ke tapi dalam keadaan yang tenang

dan senyap..sebab benda ni aibkan?iA kita cari jalan sama2..

Sebab kalau umat Islam membenci satu sama lain,

lemah la benteng ummah kita.da la dengan ketiadaan khalifah untuk mentadbir

kerajaan Islam,kalu kita lemah lagi senang kita nak dikalahkan..

Islam melarang kita tidak bertegur sapa dengan sahabat

kita lebih dari 3 hari..3 hari..masa yang sangat panjang tu,,,

iA kita pon x nak jadi golongan yang memamah daging saudara sendiri masa kat akhirat nanti..

Tapi memang x dinafikan benda ni bukan senang nak dielak..

Kalau da x puas hati~~

Tapi kita kena ingat akibat die gak..

sangat dahsyat kalu nk bayangkan..jijik la!!

Sabda Rasulullah:

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “

Apakah kamu sekelian tahu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab:

“Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Lalu Nabi bersabda:

“Kamu menceritakan sesuatu tentang diri saudara

kamu yang ia tidak sukai.”

Salah seorang sahabat bertanya:

“Bagaimana pendapat tuan hamba,

jika apa yang saya perkatakan itu memang ada pada diri saudara saya.

Baginda menjawab:

“Walaupun apa yang kamu perkatakan itu memang ada pada diri saudara kamu,ia tetap ghibah terhadapnya.

Dan sekiranya tidak ada maka engkau telah melakukan dusta terhadap dirinya.”

(Riwayat Muslim).

Kalau time rasa nak mengumpat tu, banyak2 la istighfar ye..Astaghfirullah…

Sebab ingat, syaitan akan bergembira kalau die Berjaya pengaruh manusia buat dosa..

bukan setakat gembira je kot, berparti terus!

Lagi sabda Rasulullah S.A.W

Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih

teruk dosanya daripada perbuatan zina.

Mereka(para sahabat) bertanya:

“Mengapa demikian wahai Rasulullah?”

Nabi bersabda: “Orang lelaki berzina lalu ia bertaubat,

maka Allah akan mengampuninya.

Adapun orang yang mengumpat, tidak akan diampuni,

kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu.

“Manakala balasan yang disediakan untuk orang mengumpat ialah sebagaimana

sabda Nabi maksudnya:

“Orang-orang yang mengumpat, orang-orang yang mencela dan orang yang melaga-lagakan orang serta orang yang membuat hina atau

cela terhadap orang yang bersih daripada sifat keji atau cela itu.Maka nanti di hari Kiamat mereka semua akan dikumpulkan atau

himpunkan dalam rupa anjing”.

Wa!!!!Takotnye!!

Tapi ada 6 jenis umpatan yang dibolehkan dalam Islam..

iA wapel akan bincang dalam post yang seterusnya ya^^

Dan kita sebagai manusia pon x ble berburuk sangka..

Hah masalah ni pun masalah berat dalam masyarakat..

Rasulullah selalu suruh kita berbaik sangka terhadap satu sama lain..

jangan pupuk sangka2 buruk, bunyi2 yang pelik dalam kepala..

Akibat die sangat la besar ye~~

Akibatnya sangat besar hingga orang yang berburuk sangka ni

dia x kan dapat bangkit solat malam(T.T)..dahsyatnye..

Buruk sangka ni bahaya sebab kita x tau ape perasaan orang lain, kenapa die buat ape yang die buat..yang penting ape niat die..

sebab tu bukan urusan kita dan kita pon x kan dapat tahu..

perkara ghaib semuanya di dalam pengetahuan Allah..bukan kerja kita..

Sebab tu la kita disuruh bersangka baik dalam masa kita tidak mengetahui..

Kalau nak tahu sangat tanya straight..ingat keyword ari ni..’Aman’!!

Sabda Rasulullah

“Jauhilah berprasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta.

Janganlah kamu meneliti rahsia orang lain, mencuri dengar, bersaing yang tidak baik,

saling mendengki, saling membenci, saling membelakangi.

Jadilah kamu ini sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

So iA sampai di sini sajalah post wapel kali ni..

Maaf ye kalau ada sapa2 yang terasa or rasa cara wapel tulis ni kasar ke..

Wapel pon manusia yang sangatx1000000000 lemah,

banyak kekurangan..

Tapi jom kita sama2 berusaha..

ke arah keamanan Islam!!

sory ye da x larat nak editT.T..

Sunday, October 4, 2009

Analogi Pinggan...

Assalamu'alaikumu wbt semua..Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-NYA selalu..Insya-ALLAH..Tak banyak yang ingin saya perkatakan pada post kali ini.Tapi marilah kita sama2 hayati dan renung2kan Analogi Pinggan ini.

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina.

Begitulah jua halnya dgn Allah SWT. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita..Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Ha,macam mana semua?Pilihan ada di tangan anda.Sama ada nak jadi pinggan pertama,kedua atau ketiga.Siapa yang tak nak jadi pinggan pertama kan?Saya percaya semua orang nak jadi macam tu.Tapi kalau jadi pinggan kedua pun,sekurang2nya kita masih diberikan peluang oleh ALLAH.Bagaimana dengan pinggan ketiga?huuhuu..tak dapat saya bayangkan macam mana keadaannya.Jadi,marilah kita bersama2 mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik.Bukan senang untuk jadi baik,tapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik.Jom kita sama2 berusaha..Fighting!!!!!!!!

posted by : Nadz