Sunday, October 4, 2009

Analogi Pinggan...

Assalamu'alaikumu wbt semua..Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-NYA selalu..Insya-ALLAH..Tak banyak yang ingin saya perkatakan pada post kali ini.Tapi marilah kita sama2 hayati dan renung2kan Analogi Pinggan ini.

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina.

Begitulah jua halnya dgn Allah SWT. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita..Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Ha,macam mana semua?Pilihan ada di tangan anda.Sama ada nak jadi pinggan pertama,kedua atau ketiga.Siapa yang tak nak jadi pinggan pertama kan?Saya percaya semua orang nak jadi macam tu.Tapi kalau jadi pinggan kedua pun,sekurang2nya kita masih diberikan peluang oleh ALLAH.Bagaimana dengan pinggan ketiga?huuhuu..tak dapat saya bayangkan macam mana keadaannya.Jadi,marilah kita bersama2 mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik.Bukan senang untuk jadi baik,tapi kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik.Jom kita sama2 berusaha..Fighting!!!!!!!!

posted by : Nadz

No comments: