Friday, May 14, 2010

Tabarruj tu apa ye?

Salam Alaik~

Pernah dengar perkataan tabarruj tak?Apa maksud dia ye?궁금~~terfikir nak tau apa tabarruj tu ye?

Pengertian tabarruj:
1)Tabarruj bermaksud berhias dengan memperlihatkan kecantikan wajah, menampakkan sebahagian tubuh.
2)Qatadah mengertikan tabarruj sebagai wanita yang jalannya dibuat-buat.
3)Menurut Muqatil tabarruj ialah seorang wanita yang melepaskan jilbabnya sehingga nampak darinya kalung dan gelang.
4)Imam Bukhari menyatakan tabarruj adalah tindakan menampakkan kecantikan di hadapan orang lain.

Kesimpulannya tabarruj adalah wanita yang keluar dari rumah dalam keadaan berhias dengan sengaja tidak memakai jilbab atau membuka aurat serta berpakaian nipis sedangkan dia mengetahui hukum menutup aurat.

Konsep bertabarruj:
-Bertabarruj bagi wanita berkahwin untuk suaminya manakala wanita bujang, bertabarruj hanyalah untuk kepuasan sendiri, itu adalah sebaik-baik bertabarruj.

Hukum-hakam bertabarruj:
1. Haram: memantis bulu kening, membesarkan bibir, pembedahan plastic, membesarkan payudara, menyedut lemak di perut dan peha, membesarkan pinggul, berpakaian menampakkan susuk tubuh, mengubah bentuk dagu, mewarnakan rambut.
2. Harus: mencukur bulu kaki, bertindik telinga (jika keperluan mendesak atau untuk suami.)

Sekarang dah boleh la faham sikit kan?Erm...tentu pernah terbaca atau terdengar ayat ni kan?

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman. Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau saudara mara mereka atau putera-putera-putera lelaki saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan meraka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tiada keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan tersembunyi. Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAh wahai orang-orang beriman supaya kamu beruntung.(surah an-nur ayat 31).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:”lima hal yang termasuk fitrah:memotong kuku, mencukur kumis, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan khitan”…

Sama-samalah kita refleksi diri sendiri.Saya pun takde la sempurna sangat..masih berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..insya-ALLAH..alangkah indahnya jika kita sama-sama mengaplikasikannya..

Sesungguhnya Islam itu agama yang indah dan sesiapa yang mengamalkannya juga indah...

Thursday, May 13, 2010

syurga satu kepastian?

pernah tak kadang2 kita rasa kita dah beribadat banyak, rasa macam "oklah.. leh masuk syurga da ni kot?"

bagi saya, banyak kali dah terlintas macam tu. saya rasa bila saya dah buat solat tahajjud tiap2 malam, saya rasa diri saya dah baik "oklah..pass ni masuk syurga"

bila rasa dah puasa penuh bulan ramadhan, solat tarawikh, baca quran -khatam
"oklah kot..banyak sangat dah saya buat nih..insyaAllah lepas syurga"

tapi... kan ke pernah dengar, sebelum masuk syurga tu nanti, manusia akan datang mintak hutang2 diorang. sekalipon dah sampai depan pintu syurga, akan ada manusia yang datang tarik kita, mintak langsaikan hutang, walaupun sebutir biji benih

secara jujurnya..
saya pernah mencuri dan saya pernah juga menipu, apatah lagi memfitnah, mengumpat - nauzubillah

zaman sekarang hukum hudud dah pun diberhentikan, tak ada pun dijalankan di Malaysia
jadi saya rasa saya dah selamat.. tak fikir pon akan kena lg teruk kt akhirat nnt

lepas tu... apa saya lakukan?
saya hanya minta ampun dengan Allah bersungguh-sungguh..menangis.. sujud padaNya di sepertiga malam

mungkin kita dah bertaubat nasuha dengan Allah, dan mungkin Allah dah pun hapuskan dosa2 kita denganNya - maha pengampun lagi maha penyayang
tapi apakah kita dah langsaikan hutang2 kita dengan manusia2 yang kita buat jahat dulu2 tu?

mahu kah kita yg lagi 2 inci nak masuk syurga, ditarik balik dan dicampak masuk ke dalam neraka?
nauzubillah

"Ya Allah.. tabahkan hatiku..tabahkan hatiku bersua muka dengan mereka dan meminta ampun dari mereka..tabahkan hatiku.. semoga aku berani meminta maaf dan ampun dari mereka setelah dosa2 yang aku lakukan"

"Ya Allah..lembut kan hati mereka ya Allah... lembutkan hati mereka menerima kemaafanku.. dan semoga kami bersama-sama dapat masuk ke syurga-Mu ya Allah"

Amin ya Rabbal Alamin...

Wednesday, April 14, 2010

Perkongsian~Sepetang bersama Ustaz Hasrizal Jamil...

Assalamualaikum aku tujukan pada semua..Alhamdulilla h, bersyukur pada Allah kerana aku diberikan sihat tubuh badan dan berpeluang untuk bernafas lagi dimuka bumi ini..dan bersyukur tersangat sangat kepadaNya, kerana telah memilih aku dari kalangan warga UMP lain(yang sibuk menguruskan hal-hal & pekerjaan mereka) untuk bersama-sama mendengar Ceramah Motivasi oleh Ustaz Hasrizal Jamil(Saifulislam. com)..oleh itu, aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang telahku perolehi sepanjang ceramah tersebut..

Ustaz Hasrizal menekankan bahawa kita haruslah menetapkan pandangan berdasarkan HATI, bukan berdasarkan MATA,NAFSU, atau AKAL..

"What you see is what you get"..

Berdasarkan hadith ;
"Hiduplah kamu di dunia ini seolah olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan".

-orang yang berjaya adalah orang yang memaksa diri unutk melakukan perubahan
-packing more into your life

"NILAI menentukan besar atau kecilanya batu"

-NILAI adalah "feul" yang akan menggunakan satu tindakan(sikap) hingga sanggup berkorban untuk mendapat atau mempertahankannya. .

ERTI NILAI
1) Kepercayaan: -
i. Berharga
ii. Benar
iii. Betul
iv. Baik

2) "A person's moral priciples or strong belief"

SALAH NILAI
Manusia selalu tersalah nilai..sepatutnya manusia menilai sesuatu berdasarkan HATI bukan berdasarkan MATA

"Pandangan MATA VS pandangan HATI"

DID WE REALIZE????IMPORTAN CE OF TIME!!!

1. To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed his or her final exam
2. To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a premature baby
3. To realize the value of ONE WEEK, ask an editor of weekly magazine
3. To realize the value of ONE DAY, ask a daily wage laborer who has six kids to feed
4. To realize the value of ONE HOUR, ask a lover who are waiting to meet
5. To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who is survived an accident
6. To realize the value of ONE MILLISECOND, ask a person who won a silver medal in the Olympics
7. To realize the value of PRECIOUS LIFE, ask the person who is now six feet under

"Yesterday is the HISTORY, Tomorrow is the MYSTERY, Today is a GIFT, "That" is why its all PRESENT."

Ustaz Hasrizal juga berkata " Berikanlah tugas pada orang yang sibuk kerana hanya orang yang sibuk sahaja tahu tentang pengurusan masa yang bijak. Manakala orang yang banyak masa lapang sentiasa akan berada pada zon selesa di dunia namun sibuk di akhirat."

"Air yang bertakung, lama-lama akan rosak menjadi busuk" manakala "Anak muda yang relax, tidak aktif dan mempunyai banyak masa lapang, lama kelamaan masa lapang tersebut akan membunuh"

--
Posted By Akh Ahmad Safuan ibn. Abdul Razak to Islamic article at 4/06/2010 06:54:00 AM
dari laman: http://catatananaso lehah.blogspot. com/

Sunday, March 7, 2010

Kerinduan Pokok

Hadis daripada Anas bin Malik ra:

“ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di MaSjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya sempumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.”
Hadis riwayat Bukhari – sahih

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini.
Beliau berkata:“Kayu merengek kepada Rasulullah saw kerana rindukan Rasulullah saw kerana kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah saw.”

KITA TIDAK LAYAK DIGELAR PECINTA RASUL SEDANGKAN TIDAK MAMPU MENANGIS KERANA MERINDUI RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MEMAHAMI AJARAN RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MENGAMALKAN DAN MEMPERJUANGKAN AJARANNYA. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK BERBUAT APA2 SEMASA RASUL DIHINA.

Kesimpulan:
Hendaklah kita menangis sepertimana baginda menangis mengingati kita.
Dalam hadis sahih Muslim, Nabi saw berkata:
“Ummatku, Ummatku.” Sehingga menangis (kerana mengenang nasib umatnya).Lalu Allah mengutuskan Jibril untuk memujuk Nabi saw. Allah berkata:

إنا سنرضيك في أمتك ولا نسؤك

“Sesungguhnya Kami meredaimu hai Muhammad terhadap umatmu dan tidak akan menyakiti mu.” (Sahih Muslim)

Rujukan: Ittihafu Ahlil Wafa oleh Abdullah at-Talidi dan an-Nabiyil Khatam oleh Muhammad Jum'ah

Posted by:Nadz

Friday, January 29, 2010

AmaNah@Jawatan~

Salam...first of all rasennye nk mintak ampun byk2 la kat sape ye...huhu

blog ni tgk2 mcm da jadi blog Nadzipah lak...asyik dy je yg sLalu edit kan...(dgn dak2 rumah dy)...

Terasa lak kelemahan diri ni..adeh~

ape2 pon... ampUn pak..Ampun ya... hihi...



Em...da lame x Post Smthg Kat blog nih ha... rase Bersalah pon ade..kan3...

eH...sudah la tu...kite start BerdiSkusi sat:

Rini Terasa lak n cerita sAL AmanAh@jawatan ni ha..
Slalu kan kite dapat tgk..org Nk jwatan smpi berbunuhan pon ade... sampai ade yg nk membenci satu same laen...yg lawak skit nye... perNAh gk dgar... nk jadi Ajk Surau Pon smPI boleh BErgadoh...uish2..pe nk jadi nih....

*bukan Saye mksdkan xboleh nk terima jawatn.. Tpi ye lah... keNa niLAi diRi btol2..tgk NIAt kite kpAda ape...BARu tawar diri sndIRi utk time jawatn tu... HA..yg NI rasa nye Bgus gak Kalau kite cube Lihat BAlik Kisah Nabi Yusuf Menawarkan diri menerima jawatn dRi Firaun...

Surah YusuF(13:55):

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”

KEtika tu..NAbi YUsuf Meminta jwtan jAdi benDahara Mesir...n mmg DItakdirkAn Allah... bAgin da Dapat jwtan tu... Tpi kena tgk Mcmne PEntadbiRan NAbi YUsuf.. mmg CUkup hebat....Semua Rakyat jelata Sayang kat bginda...

kite BEralih plak KAt dunia hari ini... mcmne desperate nye org nk dpt sesuatu jwtn tu... smPi boleh lUpa ape yg agama Dah ajar... Riba la... Bunuh org... rasuAh...huhu... adeh~ kepeningan....

Sat2...bak kate WapeL kan... Kite Minum AbC sat ke...pnt2...




Ok2... LEga dah kan... ckup2 la tu...huhu


em...sambung lak

Nabi Yusuf bukannye Terima jwatan tu sBB baginda nk bersuka ria... atau sengaja nk mencari popularity... TApi ade sbb2 yang tersendiri....
YG paling PEnting... Niat Baginda utk menegakkan sYariat Allah itu sendiri...
Dan kerana Baginda mmg Ckup lyk utk jwtan tu....
Untuk Penerangan lanjut..
http://saifulislam.com/?p=2287
(sbb hak cipta terpelihara kan... Lagi elok Cari org yg LAgi berilmu) ^^


Opppss... TEringat lak sye Kat satu peristiwa Time Rasullullah Israk n MIkraj...
ape bnDa y TErjadi tu??? sume ingt x??? Cari2 la lau rajin...

sye juz nk KUpas satu PEristiwa je...
Ketika RAsullullah IsRAk: TErlihat pula BAginda kpada satu PEristiwa di mana

"Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain".(sumber- http://ustazazhar.com/v1/sirah/urutan-peristiwa-israk-mikraj.html)


Huuuuuuuuuuuu~ takut2.... bahaya sbnrnye amanah ni tau x....
Hati2 la ye... Itu Baru blasan kepda sape yg xlakukan amanah...LAen plak CErita klu time kite dpt amanah tu...kite g Murder org ke...wat riba ke...lagi seksa...(penerangan lnJUt...Sila tekan URL ustaz azhar tu ye~)

emmm.. setakat tu je la cite nye...huhu...
Ilmu Masih tidak mencukupi...
Ape2 ini sahaja Yg mampu saya Tulis...

Wassalam~ -z-

Posted by : Dzul

Friday, January 22, 2010

Isu Perkataan ALLAH Boleh Digunakan Oleh Orang Bukan Islam (part 3)

SUDUT PANDANG PERLEMBAGAAN

Dalam bab ini, penulis hanya akan fokus dari sudut undang-undang. Untuk makluman pembaca, sewajarnya dalam penulisan artikel khususnya dalam memberi penilaian ataupun komentar berkenaan keputusan hakim, sewajarnyalah untuk merujuk kepada kertas penghakiman asal beliau. Namun, ketika artikel ini ditulis, kertas penghakiman berkenaan isu ini belum ditemui. Selain penghakiman hakim,Datuk Lau Bee Lan saya banyak merujuk kepada kenyataan-kenyataan akhbar khususnya Bernama.

KUASA MENTERI DALAM MEMBERI ATAU MEMBATALKAN PERMIT

Pada 7 Jan, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.

Menteri Dalam Negeri (selepas ini akan disebut MDN) mempunyai kuasa mutlak dalam melulus atau tidak meluluskan sesebuah permit dan mesin cetak. Ini dengan merujuk kepada Akta 301 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Akhbar 1984, dalam bahagian 3berkenaan permit untuk menerbitkan akhbar, Seksyen 6. Pemberian permit adalah menyatakan seperti berikut:
(1) Menteri boleh menurut budi bicaranya yang mutlak memberi -
(a) kepada mana-mana orang suatu permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar
di Malaysia; atau
(b) kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura suatu permit
membenarkan akhbar itu diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di
Malaysia.
(2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit
selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak.

Menteri juga mempunyai kuasa mutlak untuk melulus, tidak meluluskan atau menggantung lesen untuk menggunakan mesin cetak dalam bahagian 2 berkenaan pelesenan mesin cetak. Dalam Seksyen 3 perkara yang menyentuh berkenaan lesen untuk menggunakan mesin cetak menyatakan seperti berikut:
(3) Menteri boleh menurut budi bicaranya memberi kepada mana-mana orang suatu lesen
bagi menyimpan untuk digunakan atau mengguna mesin cetak selama suatu tempoh
sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu dan dia boleh menurut budi bicaranya
menolak mana-mana permohonan untuk mendapatkan lesen atau boleh pada bila-bila
masa membatalkan atau menggantung lesen itu selama sesuatu tempoh yang
difikirkannya mustahak.

Dalam bahagian 4 berkenaan kawalan hasil penerbitan tak diingini, seksyen 7yang menyentuh tentang hasil penerbitan tak diingini turut memberikan kuasa mutlak kepada MDN untuk membuat keputusan.
(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi apa-
apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyian, muzik,
kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa jua cara adalah
memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan,
keselamatan, perhubungan dengan mana-mana negara atau kerajaan asing, atau
yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau
selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau
kepentingan negara, dia boleh menurut budi bicaranya yang mutlak melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta melarang, sama ada secara mutlak atau
dengan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan, pencetakan,
pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan,
pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan itu.

Selain itu, bahagian 5 berkenaan perkara pelbagai, seksyen 13 yang menyentuh perkara pembatalan, penggantungan dan pemindahan lesen atau permit juga memberikan kuasa mutlak kepada Menteri untuk membuat keputusan secara mutlak.
(1) Tanpa menjejaskan kuasa-kuasa Menteri untuk membatal atau menggantung lesen
atau permit di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, jika Menteri
berpuas hati bahawa mana-mana mesin cetak yang berkenaan dengannya lesen itu
telah dikeluarkan adalah digunakan untuk mencetak mana-mana hasil penerbitan
yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara atau bahawa mana-
mana akhbar yang berkenaan dengannya permit telah dikeluarkan mengandungi
apa-apa jua yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara, dia
boleh membatalkan lesen atau permit itu tanpa memberi peluang kepada orang
yang lesen atau permit itu dikeluarkan kepadanya untuk menunjukkan sebab
mengapa lesen atau permit itu tidak patut dibatalkan.

Dalam bahagian yang sama, seksyen 13A menyentuh berkenaan keputusan menteri adalah muktamad sangat jelas memperuntukan kuasa menteri sebenarnya adalah mutlak dan seolah-olahnya menggambarkan keputusan menteri tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah di Malaysia.
(1) Apa-apa keputusan Menteri untuk menolak daripada memberikan atau untuk
membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak
boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan pun.
(2) Bagi maksud seksyen ini “keputusan” termasuklah apa-apa perintah atau arahan
yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini.

Dari itu, saya secara peribadi berpandangan, keputusan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri berkenaan penggunaan kalimah Allah merupakan satu percubaan yang berani. Sikap mereka yang konsisten (ulangan sikap mereka yang konsisten, bukan menyokong perjuangan mereka) memperjuangkan perkara ini haruslah kita sekalian umat islam pelajari dan amalkan dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tahu kuasa menteri sebenarnya mutlak, tetapi mereka tetap berusaha.

KENAPA PIHAK EDITOR MEMOHON UNTUK SEMAKAN KEPUTUSAN MENTERI


Walaupun menteri di berikan kuasa penuh dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, ia masih tidak mampu untuk mengatasi kuasa Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang-undang utama persekutuan. Dalam perkara 4 (1) perlembagaan persekutuan menyebutkan:

Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Dari itu, dalam perkara 11 (3) (a) menyatakan kebebasan untuk agama kristian menguruskan urusan agama mereka:
Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

Dan tujuan menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan god sebagaimana yang dinyatakan oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan bukanlah bertujuan untuk menyebarkan da’yah kepada umat Islam di Negara ini tetapi bertujuan menguruskan hal ehwal agama mereka.
Dalam perkara 12 (2) dan (3) yang menyentuh berkenaan hak pendidikan menyatakan seberti berikut:

Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

Selain itu, Hakim Datuk Lau Bee Lan juga merujuk kepada perkara 10 (1) (a)berkenaan kebebasan bercakap, berkumpul dan berpersatuan yang menyaakan seperti berikut:
tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara

KELEMAHAN ADALAH DATANG DARI PIHAK KITA

Dalam pada kita menudingkan jari menghalakan kepada musuh dengan menyatakan mereka ada agenda tersembunyi, berniat jahat, cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan sebagainya, ada baiknya sekali sekala kita menginsafi, di sebalik jari telunjuk yang melurus, masih ada tiga jari yang membengkok menghalakan kepada diri. Benar tanpa menafikan kenyataan di atas, sewajarnya dalam nak mengubati penyakit hendaklah melihat dari seluruh aspek, bukan hanya dari satu atau dua aspek sahaja.

Antara punca yang menyebabkan keputusan seperti ini dibuat ialah kerana pihak menteri gagal dalam mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Ini kerana alasan yang diberikan oleh KDN ketika mengemukakan larangan menggunakan perkataan Allah dalam surat bertarikh 7 Januari adalah atas alasan demi keselamatan negara dan mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sewajarnya seluruh umat Islam mengambil pengajaran dari perkara ini. Mungkin ketika kita, umat Islam di Malaysia memegang tampuk kuasa, kita boleh mewajarkan semua tindak tanduk kita ketika membuat keputusan terhadap sesiapa sahaja (dalam isu ini terhadap bukan Islam), tanpa memikirkan dan menyediakan fakta dan hujjah yang kukuh dan jitu. Sedangkan asas Islam berdiri di atas fakta dan hujjah
Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah: 111
{وَقَالُوا لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ}
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Begitu juga dalam surah-surah yang lain seperti Surah al-Anbia’: 24
{أَمِ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آَلِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَنْ مَعِيَ وَذِكْرُ مَنْ قَبْلِي....}
“Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku".

Juga boleh merujuk Surah an-Naml ayat 64 dan Surah al-Qasas ayat 75 untuk perkara yang sama.
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ...}}
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…”
(Surah an-Nahl: 125)

SEWAJARNYA

Penulis berpandangan sungguhpun Hakim Lau Bee Lan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berkenaan isu ini dengan merujuk kepada beberapa perkara dalam perlembagaan, namun lebih cermat kiranya hakim meneliti hak keistimewaan Islam yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia dan kesan sebaliknya sebelum membuat keputusan.

Benar, Hakim membuat keputusan berasaskan kepada perkara 11 (3) (a), 12 (2), (3), 10 (1) (a), namun ini bukan isu berkenaan dengan pengurusan agama mahupun hak
pendidikan agama masing-masing, tetapi melibatkan pertindihan penggunaan
nama Allah antara Islam dan Kristian. Jadi, Perlembagaan Malaysia secara
asasnya memberikan hak eksklusif kepada Islam berbanding agama lain dalam
negara ini.

Dari itu, penulis berpendangan sewajarnya Allah diberikan hak esklusif hanya untuk umat Islam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malaysia banyak perkara yang diperuntukan di dalamnya memberikan kelebihan kepada Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti hungan Yang Dipertuan Agong dengan Islam serta Melayu dan Islam. Selain melihat hanya kepada beberapa peruntukan perlembagaan, harus dilihat juga penggunaan tersebut dari sudut bahasa, apakah ada kewajaran. Setakat penelitian saya dari sudut bahasa, tuntutan mereka untuk menggunakan perkataan Allah tidak berlandaskan kepada hujjah yang kukuh.

ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN


Perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan menyebut:
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Artikel 11 perlembagaan persekutuan adalah berbunyi seperti berikut:
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Manakala fasal (4) adalah berbunyi seperti berikut:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang
yang menganuti agama Islam.

HUBUNGAN MELAYU DAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

Manakala dalam Perkara 160 (2) berkenaan tafsiran perlembagaan menyebutkan orang melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir
sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di
Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

HUBUNGAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA DAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


Ketua bagi agama Islam di Malaysia ini ialah Yang diPertuan Agong sebagaimana yang ditekankan dalam perkara 3 (2), (3) dan (5):

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat
yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada
Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati
olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja
telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke
seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua
agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

KETENTERAMAN AWAM

Sebagaimana yang disepakati umum, hakikatnya tidak wujud di dunia ini hak kebebasan secara mutlak. Begitu juga dengan isu ini. Dalam Perlambagaan Malaysia, setiap kebebasan yang diberikan akan diikat dengan keutamaan pada ketenteraman awam dan kestabilan negara.

Dalam perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan kebebasan bercakap, berkumpul dan berpersatuan menyatakan
Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain,
ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk
melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa
kesalahan;

Perkara 11 (5) yang menyentuh berkenaan kebebasan beragama juga boleh dirujuk tentang perkara yang sama

Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Perkara berkaitan dengan ketenteraman awam ini boleh dirujuk beberapa kes di bawah:
1. Serangan ke atas Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.
2. Serangan ke atas Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati Kuala Lumpur.
3. Serangan ke atas Gereja Life Chapel di Sektion 17 Petaling Jaya.
4. Sekurang-kurang 4 NGO (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) (Pekida),
PPIM, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam
Malaysia (Abim) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ), Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B dan dijangka 13 lagi NGO lain
akan menyertai sama ) telah dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.
5. Mewujudkan situasi yang tidak aman di kalangan masyarakat. Jikalau ditinjau
sahaja dalam Facebook, lebih dari 231 928 menyertai kumpulan bantahan penggunaan
nama Allah di kalangan penganut agama Kristian.
6. Menyebabkan pihak istana khususnya daripada Sultan Selangor yang terpaksa
campurtangan dalam isu ini.
7. Bantahan daripada parti politik seperti Pemuda UMNO ,parti yang berasaskan
Islam, Parti Islam Semalaysia (PAS) serta NGO Islam seperti TERAS Pengupayaan
Melayu (TERAS) .

Penulis percaya, semua peristiwa di atas merupakan implikasi daripada bantahan keputusan Halim Lau Bee Lan. Penulis juga berharap kes ini yang akan dibacakan semula nanti akan mengambil kira semua perkara di atas.


Selain itu, kenyataan daripada Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah dan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menyatakan tujuan isu ini dibangkitkan ialah untuk mengajak orang Islam masuk Kristian adalah sesuatu yang amat serius dan harus diambil perhatian oleh semua pihak berwajib dalam Negara kita. Ini kerana ia dilihat bertentangan dengen perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan
Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Semua pihak yang terlibat dalam kenyataan di atas harus membuat penjelasan tentang perkara sebenar. Ia menyentuh keagungan dan kehormatan perlembagaan Malaysia. Ini kerana, sekiranya kenyataan di atas benar, maka pihak yang terbabit harus dibawa ke muka pengadilan, sekiranya tidak benar, pihak yang dituduh haruslah mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama mereka.

Disediakan oleh : Ustaz Mohamad Ridhauddin Bin Mohd Salleh

Posted by : Nadz

Sunday, January 17, 2010

Isu Perkataan ALLAH Boleh Digunakan Oleh Orang Bukan Islam (part 2)

2. PUNCA ISU INI TIMBUL

Isu ini bermula pada 31 Disember 2007 apabila editor akhbar The Herald Tribune Paderi Lawrence Andrew menyatakan yang mereka diberikan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam cetakan akhbar mereka dalam Bahasa Malaysia dan kemudiannya dibantah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Mohd Zain
Tujuan penerbitan akhbar The Herald dalam Bahasa Melayu ialah untuk suku kaum yang tinggal di timur Sabah dan Sarawak.

2.1 FOKUS PUNCA ISU INI TIMBUL

Isu ini timbul apabila akhabar The Herald Tribune ingin menterjemahkan god seperti yang tercatat dalam Bible sebagai Allah dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, antara punca yang menyebabkan keputusan seperti ini dibuat ialah kerana pihak menteri gagal dalam mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

3. DARI SUDUT BAHASA

3.1 ALLAH DAN GOD

3.1.1 ALLAH

Allah sebagaimana yang tercatat dalam kamus dalam talian (online) Oxford adalah berasal dari Bahasa Arab. . Dari itu, apabila kita ingin melihat maksud asal sesuatu bahasa hendaklah kita kembali kepada tatabahasa dan maksud asal bahasa tersebut. Rujukan asas dan paling utama Bahasa Arab ialah kitab Lisan al-Arab yang ditulis oleh Jamaluddin Abu al-Fadhl Muhammad bin Mukarram bin Ali bin Ahmad bin Abil Qasim bin Huqbah bin Ibn Manzur (yang lebih dikenali sebagai Ibn Manzur) bukan merujuk kepada Wikipedia sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah orang.

Dalam bahasa arab, perkataan asal bagi Allah ialah أله: الإلَهُ: yang bermaksud Allah ‘azza wa jalla dan juga apa-apa yang diambil selain Allah oleh penyembahnya sebagai sembahan.]

Kata majmu’ bagi Aliha ialah آلِهَةٌ yang bermaksud berhala. Mereka menamakan sedemikian kerana menurut sangkaan mereka itulah yang patut disembah. Nama itu adalah menuruti sembahan mereka, bukan sebagaimana yang sepatutnya.
Allah bukanlah satu nama yang boleh kita sambungkan atau kaitkan dengan perbuatan tetapi harus untuk kita kaitkan nama Allah dengan nama-namaNya yang mulia seperti الرحمن والرحيم.

Tidak layak untuk dipanggil ilaah sehinggalah Dia disembah. Dia menciptakan hamba-hamba-Nya, memberikan rezeki dan mentadbir (alam ini). Pada-Nyalah segala kemampuan. Sekiranya tidak seperti di atas, maka bukanlah dia ilaah. Sekiranya dia masih disembah, ia adalah sesuatu yang salah.

Orang arab jahiliah menyeru sembahan mereka yang terdiri daripada berhala sebagai aalihah (آلهةً) iaitu kata majmu’ bagi ilaahah (إلاهة). Allah berfirman وآلِهَتَك ويَذَرَك iaitu berhala yang disembah oleh kaum firaun. Adapun bagi nama Allah kata asalnya ialah Ilaah (إلاهٌ) atas timbangan (wazan) fi’aal yang membawa maksud maf’uul (مفعول) kerana Allah ialah yang disembah.

Manakala Allah dalam kamus Cambridge Dictionary ialah satu kata nama (noun) bermaksud the name of God for Muslims

Manakala dalam kamus Oxford Dictionary Allah ialah the name of God among Muslims (and Arab Christians).

Jadi, jelas di sini bahawasanya Allah di sisi Arab Jahiliah dahulu merujuk kepada tuhan mereka yang terdiri daripada berhala.

3.1.2 GOD

Manakala God (dengan ‘G’ berhuruf besar) bermaksud:
Kata nama bermaksud : (in especially Christian, Jewish and Muslim belief) the being which made the universe, the Earth and its people and is believed to have an effect on all things.
: (in Christianity and other monotheistic religions) the creator and supreme ruler of the universe.

Manakala god (dengan ‘g’ berhuruf kecil) pula bermaksud:
Kata nama bermaksud : a spirit or being believed to control some part of the universe or life and often worshipped for doing so, or a representation of this spirit or being.
: Someone who is very important to you, who you admire very much, and who strongly influences you
: The gods UK informal the seats in a theatre which are at the highest level and the furthest distance from the stage. atau the gallery in a theatre.
: a superhuman being or spirit worshipped as having power over nature and human fortunes.

Contoh ungkapan (ayat) God the Father, Son, and Holy Ghost (in Christian doctrine) the persons of the Trinity.

Selain itu, ada beberapa kata nama yang berkait rapat dengan perkataan god seperti:
1) House of God yang bermaksud a church .
2) Man of God yang bermaksud a priest.
3) Sun-god yang bermaksud a god who represented the sun in some ancient religions
4) Tin god yang bermaksud someone who behaves as if they are more important or powerful than they really are
5) Lamb of God yang bermaksud in the Christian religion, a name for Christ atau a title of Jesus Christ.

Sekali imbas, seolah-olah tiada beza antara keduanya,God (dengan G berhuruf besar) dan god (dengan g berhuruf kecil). Hakikatnya di sana terdapat terlalu banyak perbezaan.

1. God dan god

The god of this age has blinded the minds of unbelievers, so that they cannot see the light of the gospel of the glory of Christ, who is the image of God. (2 Corinthians fasal 4 ayat 4)

Kata nama khas sepatutnya ditulis dengan huruf besar seperti Malaysia ataupun Michael. Dan tidak memerlukan tambahan ‘the’ di hadapan. Ini bermaksud god dalam Bible ada yang bermaksud tuhan umum (dengan g berhuruf kecil) dan Tuhan khusus (dengan G berhuruf besar).

Tetapi untuk perkataan Allah, tiada dalam tatabahasa Bahasa Arab perkataan Allah member maksud nakirah (umum) kerana perkataan Allah sendiri member maksud ma’rifah (khusus).

Sekiranya benar perkataan god ingin diterjemahkan sebagai Allah, bagaimana kita ingin menterjemahkan perkataan the god di atas.

Sekiranya mengatakan ia adalah kesilapan tulisan (typing error), apakah agama tersebut untuk diikuti kerana terlalu banyak kekeliruan dan kesilapan tulisan?

2. God dan gods

God presides in the great assembly; he gives judgment among the "gods":(Psalm fasal 82 ayat 1)
"I said, 'You are "gods"; you are all sons of the Most High.' (Psalm fasal 82 ayat

6)
Dalam bahasa Inggeris gods akan diterjemahkan sebagai tuhan-tuhan dan ia bermaksud umum manakala God pula akan diterjemahkan sebagai Tuhan yang bermaksud khusus.

Jadi persoalannya di sini, siapakah God dan siapakah gods?

Dalam tatabahasa Bahasa Inggeris, kata ganti nama haruslah mengikut kata nama yang asal. Sekiranya perkataan ‘he’ itu kembali kepada ‘God’ maka sewajarnyalah menggunakan ‘He’ dan bukan ‘he’. Sekiranya ‘he’ itu kembali kepada ‘gods’, maka semakin jelaslah kesalahan dalam Bible dari sudut tatabahasa.

Sekiranya ingin menggantikan god dengan Allah, apakah Allah menerima plural (kata jamak)? Ini kerana menurut tatabahasa Bahasa Arab, Allah hanya menerima singular (kata mufrad).

3. God dan Goddess

“He followed Ashtoreth the goddess of the Sidonians, and Molech the detestable god of the Ammonites.” (1 Kings fasal 11 ayat 5)

“I will do this because they have forsaken me and worshiped Ashtoreth the goddess of the Sidonians… (1 Kings fasal 11 ayat 33)

There is danger not only that our trade will lose its good name, but also that the temple of the great goddess Artemis will be discredited, and the goddess herself, who is worshiped throughout the province of Asia and the world, will be robbed of her divine majesty."
(Act fasal 19 ayat 27)

You have brought these men here, though they have neither robbed temples nor blasphemed our goddess. (Act fasal 19 ayat 37)

Dalam bahasa Inggeris ‘goddess’ bermaksud:
1. a female deity.
2. a woman who is adored, especially for her beauty.
3. a female god

Bagaimanakah kita ingin menterjemah perkataan Tuhan Perempuan bagi perkataan Allah. Sekiranya untuk God (seperti yang biasa digunakan), diambil dari perkataan Allah kerana mengakui Dialah Tuhan yang sebenar dan banyak digunapakai oleh orang arab sendiri (sekiranya itu alasannya), maka bagaimana kita nak menamakan untuk goddess iaitu Tuhan perempuan? Apakah akan menggunakan perkataan allahah (اَللهَةْ). Pastinya akan tertonjol kelemahan mereka kerana dalam bahasa Arab tiada perkataan tersebut.
Sekiranya ingin menamakan female God lalu persoalannya ialah apakah ayat-ayat di atas berkenaan Tuhan wanita, pastinya bukan sama sekali.

Sekiranya ingin menamakan goddess sebagai angel ia sudah lari daripada maksud dalam Bahasa Inggeris yang asal.Lalu bagaimana?

Tidak cukup dengan itu, bagaimanakah anda ingin menterjemahkan ayat di bawah?
The king also desecrated the high places that were east of Jerusalem on the south of the Hill of Corruption—the ones Solomon king of Israel had built for Ashtoreth the vile goddess of the Sidonians... (2 Kings fasal 23 ayat 13)
Allah wanita yang keji atau Allah wanita yang hina? Naa’uzhu billahi min dzaalik.

3.2 KRISIS PEMAHAMAN TERHADAP MAKSUD GOD= ALLAH]

1) Konflik tentang siapa dan berapakah anak Tuhan @ Tuhan yang sebenar
1.1 As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and lighting on him. And a voice from heaven said, "This is my Son, whom I love; with him I am well pleased."
(Matthew fasal 3 ayat 16 dan 17)

VS

Blessed are the peacemakers, for they will be called sons of God. (Matthew fasal 5 ayat 9)

1.2 Philip said, "Lord, show us the Father and that will be enough for us." Jesus answered: "Don't you know me, Philip, even after I have been among you such a long time? Anyone who has seen me has seen the Father. How can you say, 'Show us the Father’? Don't you believe that I am in the Father, and that the Father is in me? The words I say to you are not just my own. Rather, it is the Father, living in me, who is doing his work. Believe me when I say that I am in the Father and the Father is in me; …… (John: fasal 14 ayat 8-11)

Vs

that all of them may be one, Father, just as you are in me and I am in you. May they also be in us so that the world may believe that you have sent me. 22I have given them the glory that you gave me, that they may be one as we are one: 23I in them and you in me. May they be brought to complete unity to let the world know that you sent me and have loved them even as you have loved me. (John fasal 17 ayat 21-23)

2) Siapakah Tuhan yang sebenar, Yang Esa atau anak Tuhan?

Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. (John fasal 17 ayat 3)

“When he looks at me, he sees the one who sent me.” (John fasal 12 ayat 45)
“that all of them may be one, Father, just as you are in me and I am in you. May they also be in us so that the world may believe that you have sent me.”
(John fasal 17 ayat 21)

You were shown these things so that you might know that the LORD is God; besides him there is no other. (Deuteronomy fasal 4 ayat 35)

"The most important one” answered Jesus, "is this: 'Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one. (Mark fasal 12 ayat 29)

Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is one. (Deuteronomy fasal 6 ayat 4)

Vs

Anyone who has seen me has seen the Father. How can you say, 'Show us the Father’? Don't you believe that I am in the Father, and that the Father is in me? The words I say to you are not just my own. Rather, it is the Father, living in me, who is doing his work. Believe me when I say that I am in the Father and the Father is in me; …… (John: fasal 14 ayat 8-11)

3) Apakah Jesus itu Tuhan dan Tuhan itu Jesus? Apakah mereka bersatu?

“I and the Father are one." (John fasal 10 ayat 30)

Vs

About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi,[c] lama sabachthani?"—which means, "My God, my God, why have you forsaken me?"
(Matthew fasal 27 ayat 46)

Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. (John fasal 17 ayat 3)

Heaven and earth will pass away, but my words will never pass away. No one knows about that day or hour, not even the angels in heaven, nor the Son, but only the Father.

(Mark fasal 13 ayat 31,32)
“Give us today our daily bread.Forgive us our debts, as we also have forgiven our debtors.” (Matthew fasal 6 ayat 11, 12)

4) Jesus anak Tuhan?

As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and lighting on him. And a voice from heaven said, "This is my Son, whom I love; with him I am well pleased."
(Matthew fasal 3 ayat 16 dan 17)

Vs

and Jacob the father of Joseph, the husband of Mary, of whom was born Jesus, who is called Christ. (Matthew fasal 1 ayat 16)

Then say to Pharaoh, 'This is what the LORD says: Israel is my firstborn son, 23 and I told you, "Let my son go, so he may worship me." But you refused to let him go; so I will kill your firstborn son.' " (Exodus fasal 4 ayat 22, 23)

..because I am Israel's father, and Ephraim is my firstborn son. (Jeremiah fasal 31 ayat 9)

5) Adakah Roh Kudus (Holy Spirit) itu ialah Roh Tuhan?

This is how the birth of Jesus Christ came about: His mother Mary was pledged to be married to Joseph, but before they came together, she was found to be with child through the Holy Spirit. (Matthew fasal 1 ayat 18)

But after he had considered this, an angel of the Lord appeared to him in a dream and said, "Joseph son of David, do not be afraid to take Mary home as your wife, because what is conceived in her is from the Holy Spirit. (Matthew fasal 1 ayat 20)

Vs

This proposal pleased the whole group. They chose Stephen, a man full of faith and of the Holy Spirit; also Philip, Procorus, Nicanor, Timon, Parmenas, and Nicolas from Antioch, a convert to Judaism. (Acts fasal 6 ayat 5)

We are witnesses of these things, and so is the Holy Spirit, whom God has given to those who obey him." (Acts fasal 5 ayat 32)

When Elizabeth heard Mary's greeting, the baby leaped in her womb, and Elizabeth was filled with the Holy Spirit. (Luke fasal 1 ayat 41)

6) Isa adalah anak Tuhan kerana terdapat mukjizat kenabian padanya

6.1 Sekiranya dikatakan yang Jesus anak Tuhan kerana dapat menghidupkan orang yang sudah mati, maka Nabi Ilyas berkali ganda hebat kerana tulangnya sahaja apabila bersentuhan dapan menghidupkan orang mati.

Once while some Israelites were burying a man, suddenly they saw a band of raiders; so they threw the man's body into Elisha's tomb. When the body touched Elisha's bones, the man came to life and stood up on his feet. (2 King fasal 13 ayat 21)

Nabi Ilyas hanya perlu berdoa untuk menghidupkan orang yang sudah mati.

The LORD heard Elijah's cry, and the boy's life returned to him, and he lived.
(1 King fasal 17 ayat 22)

6.2 Bukan sahaja Jesus mampu mengubati orang sakit, bahkan Nabi Allah Ilyas.

“And Elisha prayed, "O LORD, open his eyes so he may see." Then the LORD opened the servant's eyes, and he looked and saw the hills full of horses and chariots of fire all around Elisha. (2 King fasal 6 ayat 17)

6.3 Bahkan Nabi Ilyas juga mampu mengubati orang berpenyakit kusta.

Elisha sent a messenger to say to him, "Go, wash yourself seven times in the Jordan, and your flesh will be restored and you will be cleansed."

But Naaman went away angry and said, "I thought that he would surely come out to me and stand and call on the name of the LORD his God, wave his hand over the spot and cure me of my leprosy. (2 Kings fasal 5 ayat 10,11)

7) Kepelikan Jesus adalah Tuhan

7.1 Mengikuti arahan iblis

“The devil led him up to a high place and showed him in an instant all the kingdoms of the world.” (Luke fasal 4 ayat 5)

8) Jesus adalah anak Tuhan kerana lahir tanpa bapa?

Jesteru, bagaimana pula sekiranya ada orang yang lahir tanpa bapa dan ibu, pasti mereka lebih layak menduduki kerusi ketuhanan.

“This Melchizedek was king of Salem and priest of God Most High. He met Abraham returning from the defeat of the kings and blessed him, 2and Abraham gave him a tenth of everything. First, his name means "king of righteousness"; then also, "king of Salem" means "king of peace." 3Without father or mother, without genealogy, without beginning of days or end of life, like the Son of God he remains a priest forever.” (Hebrew fasal 7 ayat 1,2,3)

9) Hakikat Ketuhanan dalam agama Kristian beriman kepada Tuhan yang Esa

Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent. (John fasal 17 ayat 3)

You were shown these things so that you might know that the LORD is God; besides him there is no other. (Deuteronomy fasal 4 ayat 35)

"The most important one” answered Jesus, "is this: 'Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one. (Mark fasal 12 ayat 29)

Hear, O Israel: The LORD our God, the LORD is one. (Deuteronomy fasal 6 ayat 4)
“Acknowledge and take to heart this day that the LORD is God in heaven above and on the earth below. There is no other” (Deuteronomy fasal 4 ayat 39)

Dan banyak lagi kekeliruan yang saya kirakan belum terjawab sekiranya kita menerima terjemahan bagi God ialah Allah. Apa yang disebutkan di atas hanyalah beberapa contoh kekeliruan asas dalam agama Kristian.

PENUTUP

Terlalu banyak konflik dan komplikasi yang berlaku sekiranya menterjemahkan maksud god dalam Bible sebagai Allah. Dari itu, saya menyeru kepada pihak yang terbabit, kembalikan kepada asal tujuan iaitu ingin menterjemahkan god ke dalam bahasa Melayu, maka gunakanlah maksud asalnya iaitu tuhan. Ini dari sudut pandang bahasa, bukan sudut pandang undang-undang. Sekiranya prinsip ini dipegang, maka tidak akan berlaku sebarang konflik di dalam Negara kita.

Saya juga khuatir kalau-kalau di sana ada agenda lain yang tersembunyi yang tiada orang lain yang tahu selain mereka dan Allah sahaja.Barangkali kenyataan Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah dan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang menyatakan tujuan isu ini dibangkitkan ialah untuk mengajak orang Islam masuk Kristianbitu ada betulnya.Wallahu'allam..

Disediakan oleh : Ustaz Mohamad Ridhauddin Bin Mohd Salleh

Posted by : Nadz