Saturday, September 5, 2009

KISAH CINTAKU.....

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan ALLAH memang tiada tolok bandingnya.
Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah DIA sajikan itu.Aku duduk dan terasa kehadiran-NYA disisiku. DIA bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai AKU?"

Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintai-MU. "

Kemudian DIA bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintai-KU?"

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat pelbagai kerja yang mustahil untuk aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintai-MU. "

Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKU?"

Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai ALLAH dan segala ciptaan-NYA. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap mencintai-MU YA ALLAH."

Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKU? "

Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga tetapi menggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap mencintai-MU. "

DIA menyambung lagi soalan-NYA, "Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memuji-KU?"

Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang ALLAH mahu kita memuji-NYA dari dalam hati dan jiwa kita, tidak penting bagaimanakah bunyinya.Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagi-MU, aku akan tetap memuji-Mu."

Dan...DIA terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar mencintai-KU? "

Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, aku mencintai-MU kerana ENGKAUlah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalan-NYA tadi, tetapi DIA terus bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?"

Aku menjawab, "Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum."

"Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakan-KU? Kamu lari jauh daripada-KU? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada AKU? Kamu datang dekat dan merayu kepada AKU?"

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini...kadang- kadang sujud menyembah-KU,dan kemudian membelakangi-KU,tidak pedulikan-KU? Mengapa kamu hanya datang mencariKU hanya ketika kamu nengingati-KU? Mengapa kamu meminta kepada-KU sedangkan kamu tidak setia kepada-Ku?"

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. "Mengapa kamu malu kepada-KU? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhan-KU? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain?Sedangkan AKU sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika AKU memberi kamu peluang untuk berkhidmat di jalan-KU?"

Aku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yangbertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. AKU jadikan di dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalan-KU, tetapi kamu tetap berpaling dari jalan-KU. AKU tunjukkan kepadamu kata-kata-KU sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali AKU berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. AKU turunkan kepada kamu pesuruhKU, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. AKU dengar segala permintaan dan rayuanmu kepada-KU... dan semuanya telah AKU perkenankan dengan pelbagai cara."

Sambung-NYA lagi, "Kini... adakah kamu mencintai-KU? "

Aku tidak mampu menjawabnya lagi.Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak, menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hamba-MU YA ALLAH..."

Kemudian DIA menjawab, "Sifat-KU pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dari-KU, nescaya AKU ampunkannya.Dan AKU ampunkan kamu wahai hamba-KU."

Aku bertanya kepada-NYA, "Mengapa ENGKAU tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cinta-MU terhadapku?"

Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaan-KU. AKU sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis AKU akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.Apabila kamu melonjak kegirangan AKU akan turut gembira dengan kegembiraanmu.Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, AKU akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, AKU akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, AKU akan membantumu.AKU akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan AKU akan menyayangimu selama-lamanya."

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras,tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam erti kata yang sebenar.

Wa'allahualam. ..
p/s: sama2lah kita renung2kannya ye sahabat2ku sekalian..moga kita mendapat manfaat dari cerita ini..Insya-ALLAH..

posted by: Nadz

4 comments:

wapel said...

waa222
comel!!
wapel suke!wapel suke!
wapel pon sedih bile baca..lemahnye diri niT.T

bee said...

sedih jugak....selalu wat camtu kot..

nobody said...

ALLAHUAKBAR!

Nadzipah said...

Insya-ALLAH sama2lah kita bermuhasabah diri..
ni pun peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya..
sahabatku2,tolonglah tuegur diri ini jika ada salah dan silap ye..^^