Saturday, September 19, 2009

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Assalamu'alaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog nasik kepal yang dikasihi..heheh..skemanya ayat..huhu..takpe la kan..kita mulakan hari kita dengan suasana yang ceria dan bersemangat.

Hari ni merupakan hari terakhir kita berpuasa bagi bulan Ramadhan 1430H.Sedih kan?Moga2 kita semua dapat lagi berjumpa dengan Ramadhan pada tahun akan datang.Saya percaya mesti sekarang ni semua org sedang berbelah bahagi..Sedih sebab Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita, tak pasti sama ada tahun hadapan adakah kita boleh berjumpa dengan Ramadhan kembali dan gembira sebab dah nak raya..Moga2 amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan dapat dikekalkan untuk 11 bulan yang akan datang.Insya-ALLAH..

Ok,sekarang jom kita masuk pada post kali ni."Matlamat tidak menghalalkan cara".Apa yang korang faham pasal sebaris ayat ni?Hmm..kepada rakan2 korean student batch 9,masih ingat lagi tak 10과 (bab 10)? Yang kita belajar pasal 임꺽정 (Robin Hood) tu? Ha,kepada rakan2 pelawat blog yang lain..Korang mesti pernah tengok cite Robin Hood kan? Apa yang korang dapat bila tengok cite Robin Hood tu?

'Robin Hood tolong orang susah'

Yup, exactly correct!!! Tapi apa yang Robin Hood buat untuk tolong org2 miskin dan org2 susah tu? Dia mencuri kan? Ok,saya nak tanya..Tolong org tu 1 amalan yang baik kan? Sampaikan ada pepatah Arab yang mengatakan "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah". Kalau pepatah Melayu pulak ada cakap, "Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima". Jadi, memang menolong org tu 1 amalan yang baik.

Tapi sebelum tu saya ada 1 lagi soalan.Macam mana Robin Hood tlg org2 susah tu? Yup,dia merompak,mencuri..Kemudian hasil rompakan dia tu,dia tlg org2 susah tu. Nampak tak kat sini yang dia dah buat 1 kesilapan yang amat besar? Matlamat dia dah betul..Apa matlamat dia? Dia nak tlg org2 susah. Tapi cara yang dia gunakan tu salah. Semua org tentu setuju dengan saya kan? Mencuri tu salah..Ha,inilah yang kita katakan sebagai matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi adakah usaha yang dia lakukan tu diredhai oleh ALLAH? Tentu sekali tidak bukan?

Ok,sekarang ni jom kita tengok pada contoh yang banyak berlaku di sekeliling kita pulak.Apa la dok cite pasal Robin Hood lak..Cite lama tu..Contoh yang paling mudah.Couple. Kenapa ye kita bercinta? Ya,kenapa kita jatuh cinta? Saya tak nafikan perasaan cinta tu ada pada semua org. Dan saya tak kata kita tak boleh bercinta. Tapi yang saya nak tekankan kat sini ialah tujuan kita bercinta.Kenapa bercinta?

'Best..takde nikmat la hidup ni kalau tak bercinta'.
'Aku tengok org2 couple ni bahagia je..sebab tu la aku pun couple'
'Kalau tak couple macam mana nak tau si dia sesuai ke tak dengan kita?'
'Nanti nak kawin camne kalau tak couple dulu?'

Hmm...memang rasa cinta tu adalah satu rasa yang indah..Nikmatnya rasa bila cinta berbalas.Memang org yg bercinta tu bahagia. Tapi semua ni akan dirasai bila kita bercinta kerana ALLAH. Tapi tak bermakna kat sini bercinta tu perlu dating,selalu keluar sama2,telefon selalu,mesej,chat... Sampai bil telefon melambung tinggi tiap2 hujung bulan..huhu..Ha,kat sinilah salahnya.

'Aku bercinta dengan dia sebab nanti aku nak kawin dengan dia.Apa pulak salahnya?'

Ye,betul..kita bercinta dan kita kawin dengan kekasih kita tu.Jadi takde salahnya.Tapi adakah masa kita bercinta tu,kita bercinta dengan si dia sebab kecantikan dia,ketampanan dia,kekayaaan dia,kepandaian dia.....Kalau kita bercinta disebabkan oleh semua perkara tu..Nampaknya cinta kita tu dah salah..Sebab cinta yang betul ialah bila kita bercinta kerana ALLAH..Tak salah pilih kecantikan,ketampanan,kekayaan dan sebagainya..Sedangkan nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,

“Dari Abu Hurairah, katanya : Perempuan itu dikawin karena empat perkara: Karena Hartanya, karena keturunannya, karena cantiknya dan karena agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih perempuan yang beragama, supaya selamatlah kedua tanganmu”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Jadi,memang tiada salahnya memilih pasangan yang cantik,tampan,baik agamanya dan sebagainya.Tapi kalau kita bercinta semata2 sebab si dia cantik,tampan..kecantikan dan ketampanan tu takkan sampai ke mana..bila dah tua,kulit dah mula berkedut..hilanglah kecantikan dan ketampanan tu. Masa tu kita nak tinggalkan ke pasangan kita tu?Dah dulu pilih sebab dia cantik,tampan..sekarang dah tak cantik,dah tak tampan..tinggalkan je la..

Tapi jika kita memilih pasangan kita yang cantik,tampan,baik,soleh dan solehah sebab nanti kita nak dia bimbing kita ke arah mendapatkan keredhaan ALLAH..alangkah berbezanya situasi tu..Dah tua2 pun..muka dah berkedut pun..rasa cinta tu masih segar bugar sebab kita cintakan dia kerana ALLAH.

Berbalik pada tadi,matlamat kita dah betul..bercinta sebab nanti nak kawin dengan dia.Tapi cara yang kita gunakan untuk menuju ke arah alam perkahwinan tu salah. Jadi,adakah perkara sebegini akan diredhai oleh ALLAH? Sebab tu la kita tengok sekarang ni,terdapat banyak kes perceraian,keruntuhan rumah tangga dan sebagainya.Sebab apa? Kesilapannya bermula sebelum perkahwinan tu lagi.Semasa bercinta lagi.Jika semua org bercinta dan memilih pasangannya kerana ALLAH,menggunakan cara yang disyaratkan oleh syara',saya percaya masalah ni semua tak akan berlaku.

Oleh itu,matlamat kita kenalah seiring dengan caranya.Jangan matlamat dah elok,bagus..tapi cara nak mencapai matlamat tu salah,terpesong,tak menepati syara'..takde gunanya punyai matlamat yang memang luar biasa bagus tetapi caranya luar biasa lemah.Ingat,"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara".

Jadi,sama2lah kita bermuhasabah diri,memperingati diri kita untuk mencapai matlamat menepati cara dan kaedahnya. Hidup akan jadi lebih indah apabila Islam itu diamalkan dalam segenap bucu kehidupan kita.Insya-ALLAH..

posted by : Nadz









1 comment:

Anonymous said...

penulis,nk tnye
what if kte rapat ngn llki
yg kte da anggap mcm abg sendiri
sbb ape2 masalah,dia selalu support dan nasihatkan
instead of my other girl friends
apa nak buat ya?