Saturday, August 29, 2009

Hairan~


“Di antara kebaikan Jamaah Tabligh, apabila seseorang daripada mereka bangun memberi peringatan kepada orang ramai para sahabatnya mengangkat tangan berdoa semoga perkataannya betul dan Allah kurniakannya kepetahan.”

Alangkah baiknya jika semua para duat Islam melakukan perkara yang sama bilamana saudara mereka menyampaikan ceramah. Namun godaan syaitan dimusim fitnah mungkin membuat seorang musuh yang bersengketa berharap apabila saudaranya bercakap mengenai sesuatu yang berbeza dengan pendapatnya dia berharap saudaranya akan tergagap-gagap dan lari jauh dari apa yang ingin disampaikannya, dia berharap saudaranya lupa kaedah nahu dan fasohah atau kemahiran berbicara dan berbicara dengan bicara yang akan mengganggu tidur nyenyak Sibawaih (tokoh nahu atau bahasa Arab – terganggu tidurnya kerana terlalu banyak kesalahan bahasa yang dilakukan di depannya) .


sumber:http://muntalaq.wordpress.com/