Sunday, August 30, 2009

Jangan sia-siakan peluang yang ada...

Assalamu'alaikum semua..Terlebih dahulu saya nak mintak maaf banyak2 kat semua ahli usrah blog ni terutamanya dan kepada semua pelawat blog..huhu..Mintak maaf banyak2 sebab saya tak dapat update post baru untuk hari sabtu..Terima kasih jugak kepada sahabat liqa' sebab dah tolong 'update'kan post baru untuk semalam..Terima kasih banyak2 ye...Insya-ALLAH lain kali post akan di'update' seperti hari yang ditetapkan..

Ok,ni ada sedikit perkongsian dari saya..

Pernah tak korang terfikir, kenapa di bulan Ramadhan, semua makanan yang selama ini nampak tak menarik, tak sedap, membosankan dan tak menyelerakan kelihatan sebaliknya? Maksud saya, di bulan Ramadhan, air mineral dan roti kosong pun nampak sangat menyelerakan.Goreng pisang dan keropok goreng yang dijual kat tepi jalan yang selama ini kita tak pandang pun kelihatan sangat menyelerakan.Yang kelakarnya, kadang-kadang tu sayur pun kelihatan amat menyelerakan....hahaha..

Saya percaya korang mesti jawab sebabnya dalam bulan Ramadhan kita sedang lapar. Sebab tulah semua makanan nampak menyelerakan. Betul!! Saya setuju dengan korang semua. Tapi apa yang boleh kita pelajari daripada perkara ini?

Banyak perkara yang boleh korang pelajari sebenarnya. Satu perkara yang boleh korang pelajari sekarang ialah korang perlu menggunakan segala peluang yang ada sebelum korang terlepas peluang tu. Manusia selalunya menghargai sesuatu apabila mereka telah kehilangan sesuatu perkara tu. Saya minta korang hargai peluang yang korang ada sebagai seorang pelajar.

Sekarang korang masih ada peluang untuk belajar bersungguh-sungguh dan meningkatkan kecemerlangan korang. Selepas peluang ini hilang dan sekiranya korang gagal mencapai apa yang korang inginkan dalam pelajaran, korang akan lihat peluang-peluang tu sama macam korang lihat makanan di waktu siang, terliur, tapi korang tak boleh dapatkannya.Peluang yang ada sekarang tak akan kembali.Gunakanlah peluang yang ada tu sepenuhnya dan capailah impian korang.Insya-ALLAH,ALLAH tak akan hampakan hamba2-NYA..


P/S:Saje je nak naikkan semangat belajar..lebih untuk diri sendiri sebenarnya.

posted by:Nadz

No comments: